SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) digesa tampil memberikan penjelasan terperinci berhubung pelaburannya dalam LuLu Hypermarket yang kini telah menamatkan operasi runcitnya di Malaysia.
Gesaan itu susulan laporan media pada 11 Jun lalu yang mendedahkan semua cawangan runcit LuLu telah ditutup, dengan hanya operasi borong dikekalkan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohammad Syahnis Salleh berkata, penutupan itu menimbulkan persoalan besar terhadap jumlah pelaburan sebenar Felda dan nilai kerugian yang ditanggung.
Menurutnya, LuLu Group sebelum ini berhasrat melabur RM1.3 bilion dalam negara dengan janji membuka 10 cawangan dalam tempoh lima tahun, namun hasilnya kini menjadi tanda tanya.
“LuLu Group sebelum ini dilaporkan berhasrat melabur sebanyak RM1.3 bilion di Malaysia dengan janji membuka 10 cawangan dalam tempoh lima tahun. Namun, hasilnya kini menimbulkan tanda tanya.
"Sebagai agensi yang memikul amanah ekonomi bumiputera, MTEM menggesa Felda tampil menjelaskan secara telus berkenaan jumlah keseluruhan pelaburan dalam LuLu Hypermarket, pulangan yang telah diterima (jika ada), serta strategi pemulihan atau pelan tindakan selepas penutupan itu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, LuLu Group menamatkan operasi semua pasar raya hiper miliknya di Malaysia, namun mengekalkan bahagian borong di negara ini, menurut laporan The Edge yang memetik jurucakap syarikat berkenaan.
Syarikat dari Emiriah Arab Bersatu itu sebelum ini menjalankan beberapa promosi dan jualan lelong di cawangannya sebelum notis penutupan operasi dipaparkan di pintu masuk cawangan pertamanya di CapSquare, Kuala Lumpur yang berkuat kuasa 9 Jun lalu.
Dalam pada itu, Mohammad Syahnis berkata, pihaknya juga menegaskan bahawa agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu lebih fokus menyokong rangkaian peruncitan bumiputera tempatan seperti Sabasun.
“Rangkaian peruncitan ini bukan sahaja mengekalkan kekuatan ekonomi domestik, tetapi juga menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi bumiputera dan kelangsungan peniaga kecil tempatan.
“MTEM bersedia untuk berbincang bersama kerajaan dan agensi berkaitan bagi mewujudkan dasar sokongan strategik kepada pemain tempatan agar tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi negara,” ujarnya.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/733669
Felda must explain LuLu invest so much & tutup
Jun 14 2025, 08:13 PM, updated 7 months ago
Quote






0.0330sec
0.35
5 queries
GZIP Disabled