Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Hhggggnnnnn....lajunya

views
     
keybearer
post Jun 14 2025, 01:06 AM

Casual
***
Junior Member
409 posts

Joined: Nov 2009
From: Internet


https://www.buletintv3.my/nasional/pemandu-...n-pejalan-kaki/

QUOTE
Pemandu kereta warga Bangladesh hilang kawalan rempuh kereta dan pejalan kaki

Oleh: Ing Boon Seng

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar sebuah kereta lain serta seorang pejalan kaki di ibu negara, siang tadi.

Kereta berkenaan kemudian terhumban ke bawah jambatan dan tersangkut di antara celah konkrit saluran paip besi.

Terdahulu tular rakaman dari kamera papan pemuka dan beberapa video yang memaparkan insiden kemalangan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan kejadian berlaku jam 11.45 pagi tadi di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong.

Sebuah kereta dipandu lelaki warga Bangladesh dari arah PPR Batu Muda dikatakan hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta dipandu wanita warga Vietnam.

Kereta dipandu warga Bangladesh itu terus meluru laju dan melanggar seorang pejalan kaki, mengakibatkan mangsa terpelanting ke bawah jambatan.

Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Usaha masih dijalankan bagi mencari pejalan kaki itu yang dipercayai tercampak ke dalam sungai.

Difahamkan cebisan kakinya ditemui di tempat kejadian.


Gerakan mencari dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Sentul, Jinjang serta Hang Tuah bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam.

Polis telah menahan pemandu kereta warga Bangladesh berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelas ACP Mohd Zamzuri, semakan mendapati kereta berkenaan bukan milik pemandu dan dipinjam dari rakannya.


Gore warning:
» Click to show Spoiler - click again to hide... «


Become cebisan already, RIP.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0174sec    0.57    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 11:13 PM