Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Miracle:Jamal Yunos kini bebas kanser, Thank god, thx u all

views
     
TSenduser
post Jun 9 2025, 12:07 PM, updated 7 months ago

Regular
******
Senior Member
1,282 posts

Joined: Jan 2003
https://www.freemalaysiatoday.com/category/...ni-bebas-kanser

PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos mengesahkan bahawa beliau kini bebas daripada kanser selepas lima bulan berjuang melawan penyakit tersebut.

Jamal berkata selepas menjalani rawatan intensif, kanser dikesan di paru-paru sebelum merebak ke otak dan seluruh badan kini sudah tidak lagi dikesan dalam tubuhnya, lapor Sinar Harian.

“Setelah bertarung selama empat ke lima bulan dengan kanser tahap akhir, akhirnya doktor pakar mengesahkan kanser telah hilang daripada badan saya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih rakan-rakan, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Pada Mac lalu, kesihatan Jamal dilaporkan semakin merosot selepas doktor mengesahkan sel kanser di paru-parunya sudah merebak ke otak.

Jamal yang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang berkata, beliau pada mulanya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.

Kesihatan Jamal mula merosot sejak Sept 2022, menyebabkan keadaan dirinya semakin lemah dan berat badan turun mendadak.



 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0163sec    0.96    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 19th December 2025 - 12:04 AM