QUOTE
【中文翻译往下】
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT, saya ingin berkongsi satu berita gembira yang amat peribadi bagi saya — Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya dan pasangan telah selamat melangsungkan pernikahan pada semalam. 🤍
Majlis pernikahan kami telah diadakan secara kecil-kecilan dalam suasana intim yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan beberapa orang sahabat rapat yang mengenali kami berdua sejak zaman persekolahan. Keputusan ini dibuat berdasarkan perbincangan bersama keluarga, dan untuk menghormati permintaan keluarga agar fokus ditumpukan kepada hikmah ikatan pernikahan itu sendiri.
Dengan rendah diri, saya memohon maaf sekiranya keputusan ini menimbulkan rasa terkilan atau kecil hati kepada mana-mana pihak. Ianya bukanlah satu keputusan yang mudah, selain sahabat dan ahli keluarga, saya tahu ramai dari kalangan ahli dan pemimpin parti juga sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, saya percaya pernikahan ini juga adalah sebahagian daripada doa-doa anda semua yang tidak pernah putus buat saya. Namun, saya juga amat mengharapkan agar semua pihak dapat memahami dan menghormati keputusan yang telah disepakati oleh kedua-dua keluarga ini.
Antara yang hadir juga adalah Sdri Yeo Bee Yin ('bos' saya sebelum ini -- yang juga pernah membimbing suami saya ketika menjalani latihan industri) dan dua rakan parti yang mengenali kami secara peribadi, serta YAB Dato Seri Amirudin Shari yang sudi hadir sebagai salah seorang saksi pernikahan. Terima kasih juga kepada beberapa orang pembantu saya turut hadir untuk membantu agar majlis berjalan dengan lancar.
Saya faham, mungkin ramai yang akan terkejut dengan berita ini. Namun, saya harap perkongsian ini adalah sesuatu yang baik dan menggembirakan (sebagaimana kami dalam meraikan penyatuan dua keluarga) tanpa sebarang niat untuk mengecilkan hati mana-mana pihak. Majlis dan keputusan ini dibuat dengan penuh ketelitian, berpandukan persetujuan kedua-dua keluarga yang mahukan sesuatu yang ringkas tetapi penuh keberkatan dalam penyatuan silaturrahim ini.
InshaAllah, saya dan pasangan berharap akan ada ruang dan masa lain untuk bersama-sama meraikan kegembiraan ini bersama sahabat dan kenalan dalam suasana yang lebih terbuka dan meriah. Buat masa ini, saya memohon dan amat mengharapkan doa semua agar Allah SWT memberkati perkahwinan ini dengan sakinah, mawaddah, dan rahmah. Mohon doa semua agar kami dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan baik, berkekalan dan sentiasa diredhai-Nya.
Terima kasih atas doa yang baik-baik dan sokongan dari semua. Insha Allah, semoga segala doa yang baik-baik berbalik kepada anda semua.
Salam sayang dari kami,
[Jamaliah & Joshua]
//
奉至仁至慈的主之名,
满怀对真主阿拉的感激之情,我与大家分享一个对我来说非常私人的好消息——感谢真主阿拉,在祂的允许下,我和我的伴侣,昨天结婚了。 🤍
我们的婚礼在一个小而温馨的场所举行,到场嘉宾包括我们的直系亲属和几位从学生时代就认识我们的亲密朋友。这个决定是在与家人讨论后做出的,我们尊重家人的意见,也希望将婚礼的重点放在我们两人身上。
如果这决定让亲朋好友们或各位感到失望或被忽略,我真的深感抱歉。这不是一个容易的决定,除了家人和朋友,我知道许多党员和领导也一直在为我祈祷,您们都希望我一切顺利。感谢真主,我相信这场婚礼也是您为我不断祈祷着的一部分。我真心希望各方能够理解,也尊重我们双方家庭共同做出的决定。
今天出席我婚礼的还有杨美盈女士(我之前的“老板”,她也是我丈夫在工业培训期间的导师)和两位认识我们的党员朋友;还有愿意作为婚礼证婚人之一出席的 拿督斯里阿米鲁丁;我还要感谢几位助手的到场帮助,让婚礼得以顺利进行。
我知道,很多人可能会对这个消息感到突然和惊讶。不过我希望,现在分享我的婚礼是一件美好而快乐的事情,就像我们在庆祝两个家庭的团聚那样,而无意伤害任何人的感受。这次仪式和决定是经过慎重考虑后做出的,得到了双方家庭的一致同意,他们希望在这场婚姻关系的结合中,举行一场简单且充满喜悦、祝福、和美好回忆的婚礼。
如果真主愿意,我和我的伴侣希望能有另一个空间和时间,在活跃和开放的氛围中与朋友和熟人共同分享这份喜悦。现在,我请求和衷心希望大家为我们祈祷真主赐福这份婚姻,祝愿我们幸福美满。为我们祈祷吧,祈祷我们永结同心、一切顺利、幸福美满并获得真主的祝福。
感谢大家的祈祷和支持。因沙安拉,愿一切美好的祝愿和祈祷都回报给你们所有的人。
我们向您致以亲切的问候,
[嘉玛莉亚和乔舒华]

Jun 9 2025, 08:41 AM, updated 7 months ago
Quote
0.0159sec
0.92
5 queries
GZIP Disabled