Perak henti kelulusan kuil baharu atas tanah kerajaan
IPOH - Kerajaan Negeri Perak membuat ketetapan untuk tidak meluluskan sebarang permohonan bagi pembinaan kuil baharu di atas tanah milik kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, perkara itu diputuskan menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil 3/2025.
Menurut beliau, pekeliling tersebut memberi panduan kepada pentadbir tanah berhubung dasar bagi Kaedah Pengurusan, Pelupusan dan Penguatkuasaan kawasan Rumah Ibadat Hindu (kuil) dan Tapak Perkuburan Hindu di negeri ini.
“Kerajaan negeri tidak akan meluluskan apa-apa permohonan kuil baharu sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sesiapa yang mahu membina juga boleh membeli tanah sendiri dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi jika ia melibatkan tanah kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Hindu di Bangunan Sri Perak, di sini pada Khamis.
Sivanesan berkata, dengan adanya pekeliling tersebut, ia dijangka dapat menyelesaikan isu berkaitan pembinaan kuil tidak berdaftar di atas tanah kerajaan.
Tambah beliau, sebanyak 18 aduan telah diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang melibatkan kawasan Ipoh dan Kerian.
“Aduan tersebut telah diteliti dan kita dapat menyelesaikan kira-kira 60 peratus masalah menerusi perbincangan sebelum memanggil pentadbir kuil untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya boleh dipindahkan, kita pindahkan.
https://www.sinarharian.com.my/article/7323...google_vignette
Perak henti kelulusan kuil baharu atas tanah keraj
Jun 6 2025, 12:27 PM, updated 7 months ago
Quote

0.0737sec
0.45
6 queries
GZIP Disabled