» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE(JLA @ Jun 1 2025, 03:16 PM)
Stop the blame game, focus on Ops Gasak enforcement issue, Dr Wee tells ministry

JOHOR BARU: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry should focus on the real issue regarding the enforcement of Ops Gasak instead of blaming the previous government, says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
KENYATAAN BALAS WEE KA SIONG (1 JUN 2025)
Saya mengambil maklum kenyataan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN berkaitan penguatkuasaan OPS GASAK dan ingin menjelaskan beberapa perkara untuk memperbetulkan fakta agar rakyat tidak dikelirukan.
1. Isu pokok bukan soal siapa lulus pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) pada 2021, tetapi bagaimana ianya dikuatkuasakan hari ini.
Ya, PPKB (Pindaan) 2021 telah diluluskan ketika saya berada dalam Jemaah Menteri. Tetapi sehingga tahun 2024, tiada sebarang operasi besar-besaran seperti OPS GASAK yang turun ke pasar malam, warung, gerai kecil dan penjaja makanan secara agresif seperti yang berlaku bermula Mei 2025.
Malah, kerajaan Pakatan Harapan 1.0 sebelum ini pada tahun 2019 juga pernah memulakan penguatkuasaan penggunaan LPG komersial di restoran dan kedai makan, tetapi dihentikan selepas menyedari kesannya yang membebankan rakyat.
2. Kewujudan Akta tidak bermakna penguatkuasaan mesti dilakukan secara keras dan mengejut.
Banyak undang-undang wujud bertahun-tahun tetapi penguatkuasaan hanya dibuat mengikut keperluan dan pertimbangan kerajaan semasa.
Contohnya, Akta Setem 1949 telah lama wujud, namun penguatkuasaan stamping ke atas surat perjanjian kerja baru sahaja diperketatkan secara besar-besaran pada tahun 2025. Saya tidak berhajat untuk membincangkan isu ini dengan lanjut di sini dengan YB Menteri KPDN kerana ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Begitu juga dengan OPS GASAK. Penguatkuasaan berskala besar ini adalah keputusan pentadbiran Kerajaan Madani pada tahun 2025 dan bukan arahan Jemaah Menteri ketika pindaan 2021 diluluskan.
3. Penguatkuasaan ini membebankan peniaga kecil pada saat rakyat sedang tertekan.
Kenaikan dan perluasan skop SST yang dijangka bermula Jun, tarif elektrik yang bakal naik Julai, subsidi RON95 yang sedang disasar semula, gaji minimum telah dinaikkan ke RM1,700 - semua ini menambah kos operasi peniaga kecil.
OPS GASAK yang turun menyerbu peniaga kecil yang hanya menggunakan tong 12kg dan 14kg ini memburukkan lagi tekanan ke atas rakyat.
4. Subsidi LPG bukanlah beban besar negara.
Subsidi LPG pada 2024 hanyalah RM3.40 bilion, turun dari RM4.0 bilion pada 2022 dan jumlah ini jauh lebih kecil berbanding kenaikan kutipan SST yang telah naik RM13.4 bilion dari RM31.3 bilion ke RM44.7 bilion dalam tempoh sama, dan diunjur naik lagi ke RM51.7 bilion pada 2025.
Malaysia adalah antara pengeluar gas terbesar dunia. Rakyat layak menerima sedikit manfaat dari hasil gas negara sendiri.
5. Fokus penguatkuasaan sepatutnya kepada kilang dan sempadan negara, bukannya gerai makan kecil.
OPS GASAK sepatutnya lebih fokus kepada membanteras penyeludupan rentas sempadan dan penyalahgunaan berskala besar, bukannya menghukum peniaga kecil yang hanya mencari rezeki.
6. Arahan PETRONAS bertarikh 30 April 2025 memperlihatkan kesan sebenar OPS GASAK kepada peniaga kecil.
Dalam surat bertarikh 30 April 2025, PETRONAS beberapa kali memetik KPDN serta mengarahkan semua pengedar gas menghentikan penjualan LPG bersubsidi (tong 12kg dan 14kg) kepada semua premis komersial termasuk restoran, gerai makan dan warung.
Arahan ini secara langsung menyebabkan kekeliruan, keresahan serta kesukaran kepada ribuan peniaga kecil yang kini bimbang akan tindakan penguatkuasaan walaupun mereka hanya menggunakan tong kecil selama ini.
Saya sudah lebih daripada dua setengah tahun tidak menjadi Menteri, takkan saya pula dipersalahkan & terpaksa menanggung dosanya akibat daripada surat terbaru PETRONAS? Adakah ini adil dan masuk akal?
Di peringkat penguatkuasaan lapangan, kita lihat banyak video dan aduan berkaitan pemeriksaan ke atas peniaga kecil terus berlaku, bercanggah dengan naratif kononnya hanya industri besar disasarkan.
Oleh itu, saya menyeru YB Menteri KPDN supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat dengan cuba meletakkan beban kepada Jemaah Menteri terdahulu, sedangkan hakikatnya penguatkuasaan agresif OPS GASAK ini adalah keputusan pentadbiran Madani pada hari ini.
Sekian.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ahli Parlimen Ayer Hitam
Presiden MCA

Stopped reading at item 1
Jun 1 2025, 07:07 PM

Quote
0.0147sec
2.08
6 queries
GZIP Disabled