What actually is "piao piao"?
Pelanggan Dipaksa Hisap ‘Piao Piao’, Pihak Polis Diminta Bertindak
KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – Seorang pelanggan di sebuah pusat hiburan karaoke terkenal didakwa telah dipaksa oleh pengurusan premis untuk menghisap rokok elektronik jenis baharu yang dipercayai mengandungi bahan terlarang, dikenali sebagai “piao piao”.
Insiden mengejutkan itu berlaku selepas pelanggan terbabit didapati membawa dan menggunakan rokok elektronik tersebut dalam premis – yang kini telah dilarang penggunaannya oleh kebanyakan KTV di ibu negara.
Lebih membimbangkan, tindakan pihak pengurusan yang memaksa pelanggan terus menghisap vape tersebut sebagai ‘hukuman’ dilihat sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang berpotensi menyalahi undang-undang.
Tahun ini sahaja, beberapa kes telah dilaporkan membabitkan kemudaratan terhadap remaja akibat penggunaan vape jenis “piao piao” ini, malah ada yang meragut nyawa.
Mynewshub menyeru agar pihak berkuasa, khususnya polis dan agensi penguatkuasaan dadah, mengambil tindakan segera dan tegas terhadap premis serta individu yang terlibat, bagi membanteras penyalahgunaan bahan terlarang demi masa depan generasi muda.- MYNEWSHUB
--------------------------
People using and peddling piao piao is fugged up. Establishment punishing patrons for doing piao piao in their premise is another level of fugged up.
Stay at home and watch Netflix la.
For those who not familiar with effects of piao piao
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Many ppl died because of this vape