QUOTE(azbro @ May 26 2025, 09:29 AM)
Malays are from Atlantis?
This is a first for me
Already 50+ learn so many new things everyday.
QUOTE(anakkk @ May 26 2025, 09:39 AM)
don claim, all maori, austronesian are malay related as claim
QUOTE
Dan ya, dia mengaku depan Raja Chulalongkorn bahawa bangsanya ada darah Melayu!
Ia tercatat dalam buku “Around the World with a King” tulisan William Armstrong yang ikut Raja Kalākaua dalam pengembaraan raja pertama di dunia yang menjelajah seluruh dunia ketika itu.
Misi Kalākaua bukan saja nak jalan-jalan. Dia nak belajar bagaimana negara lain perintah rakyat, nak buka hubungan diplomatik dan paling penting sekali, nak hidupkan satu idea gila ketika itu iaitu “Penyatuan Dunia Melayu.”
Dan yang paling menyokong idea ni? Siapa lagi kalau bukan Sultan Johor sendiri, Maharaja Abu Bakar, tokoh besar dunia Melayu ketika itu.
Kalākaua singgah ke banyak tempat seperti Jepun, China, Johor, Siam, Mesir, Eropah, Amerika, dan kembali ke Hawaii.
Tapi yang paling emosional adalah persinggahannya di Johor dan Siam.
Masa bertemu Raja Chulalongkorn di Bangkok, Kalākaua menyebut tentang asal usul bangsanya, bangsa Polynesia yang katanya berasal dari rumpun Melayu.
Chulalongkorn pun setuju dan membalas bahawa orang Siam juga ada pertalian dengan orang Melayu.
Dua raja dari dua dunia, bertemu dan mengakui mereka ini sebenarnya adik-beradik lama yang terpisah oleh masa dan lautan.
Di Johor, hubungan mereka lebih mendalam.
Kalākaua kagum tengok Sultan Abu Bakar dari rupa parasnya, cara pemerintahannya dan bagaimana Johor mengekalkan kedaulatan tanpa terlalu tunduk pada British.
Malah Kalākaua kata, kalau Maharaja Johor ni boleh cakap bahasa Hawaii, dia dah ingat itu memang orang Hawaii sendiri sebab raut wajah dan perwatakan sangat mirip.
Sultan Abu Bakar hadiahkan senaskhah Al-Quran bertinta emas kepada Kalākaua untuk memperkenalkan kepada Islam.
Kakak Kalākaua, Queen Liliuokalani pula digambarkan memakai rantai taring harimau pemberian Sultan Johor dalam portrait rasmi negaranya yang merupakan simbol hubungan yang cukup dalam antara dua istana ini.
Lebih menarik, ketika Liliuokalani digulingkan pada 1893, Sultan Johor pernah tawarkan tempat untuk dirikan semula institusi diraja Hawaii di luar negeri iaitu di Johor.
Tapi ditolak secara hormat kerana Queen Liliuokalani masih mahu pertahankan tanah airnya hingga ke titisan terakhir.
Dia tetap setia kepada Hawaii walaupun digulingkan dan akhirnya Hawaii pun jatuh ke tangan Amerika Syarikat secara rasmi pada tahun 1903.
Bila kita fikir balik, sejarah ni bukan setakat nostalgia. Ia buka mata kita bahawa bangsa Melayu itu bukan terhad pada Semenanjung atau Nusantara saja.
Ia rentas Lautan Hindi, Pasifik dan mungkin benua. Kalākaua bukan sekadar mengaku Melayu tapi dia mahu satukan dunia Melayu.
Dia nampak hubungan darah dan budaya, dari Hawaii sampai ke Johor.
Dan yang lebih mengejutkan, idea “Adik-Beradik Melayu Yang Hilang” ini kemudian jadi asas kepada gerakan besar Pan-Malayanism dan Pan-Austronesianism.