`Nepotisme’ dalam pemilihan PKR hancurkan harapan rakyat – Wanita PN
KUALA LUMPUR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti pemerintah yang sarat dengan barah nepotisme menghancurkan harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran kerajaan yang berintegriti.
Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jika family planning dihalalkan dalam parti pemerintah, tiada jaminan nepotisme, kronisme serta salah guna kuasa tidak berlaku dalam kerajaan.
Bahkan, dakwa beliau, pelbagai isu melibatkan intergriti sudah berlaku dan terpalit dengan Kerajaan Madani dengan terkini berkenaan isu MyKiosk.
“Bayangkan kerosakan besar ini berlaku hanya dalam tempoh separuh penggal dan ia mesti dihentikan, kerana masa depan negara tidak boleh terus diperjudikan.
“Kita perlu ‘reset’ untuk membentuk suatu konsensus baharu yang lebih dipercayai dan diyakini rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada pemilihan PKR kelmarin, Nurul Izzah Anwar yang juga anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Sehubungan itu, kata beliau, Wanita PN menyokong penuh idea Konsensus Nasional Baharu yang dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin,yang merupakan kerangka besar untuk satu visi yang realistik ke arah mengembalikan kegemilangan Malaysia menerusi pembaikan menyeluruh terhadap struktur politik, ekonomi dan tadbir urus negara.
Jelas beliau, Konsensus Nasional Baharu itu bertunjangkan tiga teras utama iaitu matlamat dan kemakmuran bersama serta tadbir urus penuh ihsan bagi menyatukan semua kelas politik, suara keagamaan, masyarakat sivil dan rakyat Malaysia.
Jelasnya, ia adalah bukti PN sentiasa memikirkan kepentingan negara ketika pihak-pihak lain dalam kerajaan sibuk mencatur politik dan bertelagah berebutkan jawatan.
”Wanita PN percaya bahawa `A better Malaysia is not a dream — it is a commitment’ (Malaysia yang lebih baik bukan angan-angan, tetapi komitmen).
“Justeru, kami melihat Konsensus Nasional Baharu ini sebagai peluang penting untuk memperkasa wanita sebagai peneraju utama dalam agenda pemulihan negara,” katanya.
Tambah beliau, golongan wanita bukan hanya sekadar penyokong di barisan belakang, tetapi pemegang amanah dalam pembentukan masa depan negara yang lebih adil, stabil dan berdaya saing.
https://malaysiagazette.com/2025/05/25/nepo...kyat-wanita-pn/
Pemilihan PKR Hancurkan Harapan Rakyat!
May 25 2025, 09:11 PM, updated 7 months ago
Quote
0.1148sec
0.60
5 queries
GZIP Disabled