Kecoh nak kutip tanah orang asli.
Sekumpulan penduduk kampung orang asli naik berang selepas beberapa anggota polis mendakwa tanah yang mereka duduki telah diberikan hak milik kepada individu lain.
Menerusi video yang tular, kejadian yang berlaku di Kampung Arong, Pahang itu memaparkan sekumpulan orang asli sedang bertengkar dengan beberapa anggota polis yang masuk ke kampung tersebut.
Dakwa mereka, polis tersebut datang untuk menangkap penduduk kampung yang dikatakan bermain judi dan meminum arak.
Namun penduduk menafikan perkara tersebut dan mempersoalkan kedatangan pihak polis yang bertujuan untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak turun temurun.
Salah seorang anggota polis memberitahu tanah tersebut telah dibeli oleh orang lain dan meminta kesemua mereka untuk ke balai bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Menurut seorang penduduk orang asli di situ, tanah tersebut adalah warisan dari nenek moyang dan telah memohon pemilikan geran tanah sejak sekian lama namun kecewa apabila mendapati tanah tersebut telah menjadi milik individu lain tanpa pengetahuan mereka.
May 25 2025, 08:21 PM, updated 7 months ago
Quote
0.0137sec
0.55
5 queries
GZIP Disabled