KLANG, 24 Mei 2025 – Satu kemalangan maut membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di persimpangan Persiaran Rajawali–Jalan Angsa, Taman Berkeley pada petang Sabtu.
Menurut kenyataan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.32 petang.
Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku sekitar jam 4.00 petang apabila sebuah lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun sedang membelok ke kiri dari arah Persiaran Rajawali ke Jalan Angsa telah melanggar sebuah motosikal yang berada di hadapannya.
Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun, dipercayai tidak sempat mengelak lalu dirempuh dan digilis oleh lori berkenaan. Kedua-dua kenderaan bergerak dari arah yang sama ketika kejadian.
Akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu lori mendapati tiada sebarang kesan penggunaan dadah. Semakan turut mendapati pemandu tersebut mempunyai dua rekod saman lalu iaitu di bawah Peraturan 10 LN 166/59 dan Seksyen 79(2) APJ 1987. Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Kumarendran a/l Varatharajoo di talian 017-5253136 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Orang awam turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memandu dengan berhemah demi keselamatan semua pihak.
【NSFW】Lori penyet moto
May 25 2025, 11:40 PM
Quote
0.0162sec
0.24
5 queries
GZIP Disabled