» Click to show Spoiler - click again to hide... «
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE
Sinar Harian- DENGAN kelantangan dan pengaruh yang besar di media sosial, perkongsian Caprice di media sosial sering meraih perhatian ramai.
Terbaharu, satu hantaran di Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan dakwaan mengejutkan yang melibatkan seorang pempengaruh tempatan.
Lelaki tersebut didakwa melakukan pengantunan seksual atau sexual grooming terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Isha.
Pendedahan itu nyata mengejutkan ramai pihak, apatah lagi isu membabitkan kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsi, ibu kepada mangsa yang masih di bawah umur itu tampil mendedahkan laporan serta bukti berkaitan perbuatan tidak bermoral lelaki berkenaan.
Pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu didakwa berbalas mesej peribadi (DM) di media sosial bersama mangsa dengan alasan mahu mengajak kanak-kanak berkenaan menghasilkan kandungan bersama.
Kemudian, keterujaan itu akhirnya membawa kepada pertukaran nombor telefon yang mengundang kepada sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Pempengaruh yang memiliki 1.6 juta pengikut di TikTok kemudian menghantar gambar tidak senonoh dengan memperlihatkan alat sulit kepada remaja berusia 14 tahun.
Perkongsian tersebut dikatakan bertujuan untuk berkongsi keadaan parut di bahagian bawah pusat selepas menjalani pembedahan apendiks pada hujung April lalu.
Tidak lama selepas gambar itu dihantar, mangsa segera menyekat nombor pempengaruh berkenaan yang kemudiannya membuka jalan kepada pendedahan umum.
Setelah dakwaan ini tersebar luas, pengurus CEO Batu didakwa tampil menghubungi keluarga mangsa dengan niat untuk mengadakan perbincangan secara baik.
Bagaimanapun, Caprice yang mesra disapa Daddycap tampil menegaskan agar pengurus tersebut tidak mencampuri urusan atau mengganggu ahli keluarga mangsa, sebaliknya membiarkan perkara ini berjalan mengikut saluran yang betul.
Tidak berhenti di situ, CEO Batu juga dipercayai memohon kepada ibu mangsa agar perkara ini tidak dibawa ke muka pengadilan dengan alasan bimbang akan menjejaskan kerjaya serta periuk nasi keluarganya.
Dalam rayuan tersebut, lelaki itu berkata, gambar yang dikirim kepada mangsa adalah secara tidak sengaja, kononnya mahu menghantar gambar itu kepada teman wanitanya.
"Gambar tu saya dah ambil awal untuk hantar kepada teman wanita tetapi silap hantar kat anak akak.
"Saya merayu kak untuk berjumpa, kalau disabitkan kesalahan 10 tahun saya ke dalam (penjara). Segala usaha selama ini akan hilang.
"Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah, kalau saya ke dalam macam mana nasib mereka.
"Kalau akak nak saya sujud pun saya sanggup," tulis lelaki berkenaan.
Pendedahan tersebut menjadi bualan hangat di media sosial. Lebih mengejutkan, beberapa wanita berstatus isteri orang tampil berkongsi pengalaman.
Menurut mereka, pempengaruh tersebut dikatakan sering menggunakan kata-kata lucah dan pernah menunjukkan video hubungan intim bersama teman wanitanya kepada suami mereka.
"Saya kenal CEO Batu, memang selalu datang lepak dengan suami. Sentiasa menahan hati setiap kali jumpa suami saya, sembang lucah sahaja.
"Bukan sahaja sembang, siap tunjuk video dia rakam tengah main dengan awek kepada suami saya," kongsi netizen.
Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, manakala lelaki berkenaan belum memberikan sebarang respons atau penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
Perkongsian tersebut dikatakan bertujuan untuk berkongsi keadaan parut di bahagian bawah pusat selepas menjalani pembedahan apendiks pada hujung April lalu kongsi dgn 14yo
His face looks so old.. Like 40 years old guy. 22 years old self gelar ceo d.
of cuz, just need to register a company under Companies Commission of Malaysia (SSM) with RM60 per trade name and you can be ceo, managing director or whatever funky post you can think of. It's that simple.
kesian, 1 dick pic and his entire life and career fully destroyed, and go jail some more
QUOTE(empyreal @ May 24 2025, 12:10 AM)
It's insane that his excuse for the parent to not report him is that "ive worked so hard to build a career".
Yeah, should have thought about that before grooming a 14-year old. Allegedly.
Never think before texting. what is his intention for texting with a 14 year old child ? for whatever reason, the reason is also wrong to mess with underage girl There’s no valid reason or excuse for this kind of behavior—whether the intention is grooming, manipulation, or anything else, it’s wrong. Full stop.
Ohhh...this sohai.....i thinking he made alot of videos of motorcycling.... just normal video riding jaguh bike to everywhere....like that also can become influencer
Never think before texting. what is his intention for texting with a 14 year old child ? for whatever reason, the reason is also wrong to mess with underage girl There’s no valid reason or excuse for this kind of behavior—whether the intention is grooming, manipulation, or anything else, it’s wrong. Full stop.
For this kind of scum like him. Its no longer reason or excuse or mistake or chance to insaf.
The scum already became evil and have evil intentions. He meant to mess with underage girl. He meant to want her. He meant to do such perverted ways to attract her.
For this kind of scum like him. Its no longer reason or excuse or mistake or chance to insaf.
The scum already became evil and have evil intentions. He meant to mess with underage girl. He meant to want her. He meant to do such perverted ways to attract her.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE
Harian Metro- Ampang: Pempengaruh Muhamad Iqbal Muhamad Nor atau CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal kepada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun pada Mei lalu.
Tertuduh yang berusia 22 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan niat untuk dilihat remaja perempuan berkenaan.
Perbuatan itu dilakukan sebuah unit kediaman di Batu Caves, Gombak jam 1.16 pagi pada 16 Mei lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan adalah penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Mohd Aniq Rafih memohon jaminan lebih rendah iaitu RM6,000 memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pempengaruh.
"Tertuduh bekerja sebagai pempengaruh dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan.
"Bagaimanapun, pendapatan tertuduh terjejas memandangkan akaun media sosialnya disekat selain telefon pintarnya masih dalam rampasan polis.
"Selain itu, tertuduh juga menjaga datuknya yang menghidap penyakit kencing manis dan jantung," katanya.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 14 Ogos depan.
Sebelum ini, media melaporkan CEO Batu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.
CEO Batu juga dilaporkan dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja berkenaan.
Menerusi beberapa hantaran Caprice di 'feed' dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.
Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.