Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keuntungan Sports Toto yang terus melonjak dan menyifatkannya kejayaan syarikat perjudian itu bukanlah sebagai petanda kemajuan ekonomi negara.
Sebaliknya, dia berkata ia adalah cerminan kepada realiti getir yang sedang dihadapi rakyat dan petanda keresahan sosial dan moral yang semakin parah.
Ahmad Fadhli Shaari
Mengulas kenyataan syarikat itu bahawa lonjakan keuntungan disumbang oleh prestasi cemerlang STM Lottery Sdn Bhd – termasuk “lonjakan luar biasa jackpot terkumpul Supreme Toto 6/58” – dia mempersoalkan apa yang mendorong rakyat berbelanja dalam perjudian.
“Adakah rakyat benar-benar berbelanja lebih kerana mereka semakin kaya, atau kerana mereka semakin terdesak dan hanya mampu berharap pada nasib?” soal Ahmad Fadhli yang dipetik oleh Harakah Online.
Menurutnya, pelbagai kajian menunjukkan aktiviti perjudian lazimnya meningkat sewaktu tekanan ekonomi memuncak.
Sports Toto mencatatkan lonjakan untung bersih suku ketiga sebanyak 54.3 peratus kepada RM105.6 juta, dengan jumlah hasil mencecah RM1.9 bilion – angka yang disifatkan Ahmad Fadhli sebagai seharusnya menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan pembuat dasar dan masyarakat sivil.
“Dalam suasana ekonomi masih dibelenggu ketidaktentuan global, tekanan inflasi dan kelembapan kuasa beli rakyat, kenyataan bahawa syarikat perjudian mampu mencatat pendapatan RM1.9 bilion hanya dalam satu suku tahun bukanlah satu berita kejayaan, sebaliknya satu isyarat kegagalan sosial dan moral yang perlu dipandang serius,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut memetik kajian Grinols dan Mustard (2006) serta Walker dan Barnett (1999) yang menunjukkan kaitan perjudian dengan peningkatan jenayah serta kesan ekonomi negatif kepada masyarakat.
ADS
Ini, termasuk beban kewangan berganda kepada golongan berpendapatan rendah.
“Fenomena ini dikenali sebagai ‘hope spending’, di mana mereka yang kehilangan arah dan pendapatan cuba ‘menebus nasib’ melalui judi,” katanya.
Ahmad Fadhli turut menzahirkan kebimbangan terhadap nilai moral dan akhlak masyarakat yang menurutnya semakin tergadai akibat budaya perjudian yang semakin berleluasa.
“Apabila berjudi dijadikan harapan, maka kerja keras, usaha dan tawakal digantikan dengan mimpi kosong dan peluang satu dalam sejuta.
“Ketika outlet judi sah ditutup di Kedah dan Perlis, syarikat turut menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan aktiviti judi haram.
“(Tetapi jelas) menunjukkan bahawa permintaan terhadap judi kekal tinggi, walaupun dalam bentuk yang tidak dikawal,” katanya.
Pada asa sama katanya, wujud ironi apabila dalam keadaan rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi, serta peningkatan permohonan bantuan zakat dan kebajikan, syarikat perjudian masih mampu mengumumkan dividen RM80.3 juta kepada pemegang saham.
PAS: Toto record profits = ppl desperate, (Wut?)
May 22 2025, 07:00 AM, updated 7 months ago
Quote
0.0266sec
0.45
5 queries
GZIP Disabled