Keluarga ‘Ab Jubar’ Rampas Kg Jimpangah halau penduduk: SPRM digesa siasat Pengarah JTU, DO, JTU dan PPHT Beaufort
Sekian lama tidak selesai. Bagaimana sebuah kampung berusia 60 tahun boleh dirampas oleh individu keluarga 'Ab Jubar' pada tahun 2023? Wakil rakyat dan DO gagal selesai. Tiada penjelasan JTU dan PPHT. Fail hilang, tersembunyi dan bermacam alasan...
Isu mengaitkan salahguna kuasa dan rasuah di Pejabat Daerah, Jabatan Tanah Ukur dan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan jabatan lain bukanlah isu baru. Sabahkini2 pernah mendedahkan maklumat kes rasuah SKN bekas Pengarah JTU yang luluskan tanah kepada mentua dan isteri, 5000 tanah SFI ambil jadi milik kroni Warisan, 180 ekar tanah Sook kepada 'orang suluk' dan banyak lagi. Isu tanah kecurangan JTU ni ramai tahu. Tanah adat berukar nama syarikat, tanah orang lain dirampas merekalah dalangnya.
Paling mengejutkan ialah kelulusan segera 16 Mac 2023 pejabat Tanah dan Ukur Sabah kepada 4 syarikat milik Datuk Thomas untuk Tanah Balambangan Kudat Sabah bagi projek penternakan kambing yang kecoh tahun lalu. Pajakan 99 tahun itu kepada Dayang Aurora Sdn dan 3 lagi syarikat dengan kelulusan terpantas. Bagaimana begitu? semuanya kerana rasuah kepada pegawai. Tiada kepentingan maka tiada kecepatan.
KAMPUNG JIMPANGAH ST JOHN BEAUFORT SABAH
Itulah apa yang berlaku kepada penduduk Kg Jimpangah St John Beaufort Sabah.
Isu perkampungan St John Beaufort Beaufort bukan isu baru ia tempoh panjang sejak beberapa wakil rakyat Parlimen Beaufort dan adun bertukar ganti seperti bom jangka kini ia meletup. Bila menjadi isu tiada satupun wakil rakyat Parlimen Beaufort tampil setidaknya bantu menyelesaikan isu.
Memang benar Kg Jimpangah tanah bergeran atas nama The British Borneo Para Rubber Tape yang diduduki sejak 60 tahun lalu lebih 50 buah rumah dengan pelbagai jenis tanaman kini tiba-tiba bertukar tangan kepada pemilik individu. Siapa individu ini? besar kabel dia mampu untuk merampas tanah lama yang dipohon penduduk? Bagaimana ia dilakukan? siapa pegawai Daerah, JTU dan PPHT yang terlibat?
Tanah yang dipohon sejak 1991 ini pernah disokong oleh arwah Datuk Seri Panglima Haji Lajim bekas Ahli Parlimen Beaufort sepatutnya telah selesai apabila diarahkan kepada Jabatan Tanah Ukur Beaufort untuk diberi pertimbangan semula diwartakan sebagai rezab perkampungan memandangkan tanah tu berstatus CL tempoh pajakan 99 tahun telah tamat.
Menjadi persoalan besar tiba-tiba pada tahun 2023 tanah sudah dibeli. Ada individu yang dikaitkan bekas keluarga Pegawai Daerah Beaufort Hj Mohd Sidek Hj Abd Jubar (2007-2010) katanya adiknya memasang papan tanda mengatakan tanah perkampungan ini kini menjadi milik persendirian sejak Disember 2022. Bagaimana itu berlaku? Siapa Pegawai Daerah, Pegawai JTU dan PPHT menjadi dalang kepada kelulusan permohonan tanah itu kepada individu? Siapa pegawai ambil rasuah menyebabkan masalah ini berlaku?
Sekalipun kes ini telah di bawa ke mahkamah tetapi ia bukan halangan menyiasat pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ yang dikatakan keluarga bekas Pegawai Daerah ini - tidak kisahlah siapa mereka pun. Bagaimana beliau kawtim dan bayar rasuah kepada Pegawai Daerah, JTU dan PPHT? SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat. Malah dalam kes langgar penduduk kampung terdapat arahan pegawai polis Beaufort menghalang laporan dibuat. Mengapa? semuanya rasuah telah dibayar kepada anggota yang ada kaitan dengan keluarga Ab Jubar!.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat salah guna kuasa sama ada melibatkan pemimpin tempatan atau Pegawai Daerah dan JTU yang diam-diam ‘mencuri’ tanah rakyat ini.
Setakat ini tiada dokumen sahih menyatakan pemilik tetapi pihak yang menuntut menggunakan mahkamah untuk menghalau orang kampung. Strategi pemilik baru ialah cuba menjual tanah-tanah itu kepada pendudukan kampung yang puluhan tahun tinggal disitu yang sudah tentu ia sangat tidak adil buat penduduk kampung yang susah.
If you looked at the geran it is 999 years not 99, common for geran tanah established by the british at that time