Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

News P Ramasamy didakwa pecah amanah hampir RM860,000

views
     
SUSMaybachS600
post May 14 2025, 08:23 PM, updated 8 months ago

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

P Ramasamy didakwa pecah amanah hampir RM860,000

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap 17 pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah hampir RM860,000.

Ramasamy, 76, memohon kesnya dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.


Mengikut pertuduhan pertama hingga 13, tertuduh yang ketika itu sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP) didakwa melakukan pecah amanah jenayah apabila secara tidak jujur menyalahgunakan harta institusi berkenaan.

Ia adalah dengan cara membuat bayaran berjumlah RM779,131.29 melalui cek dan pindahan telegraf untuk pembelian pedati emas tanpa mendapat kelulusan mesyuarat LWHPP terlebih dulu.

Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan bayaran perbelanjaan perubatan menerusi dua cek berjumlah RM65,000.

Manakala dua lagi pertuduhan terakhir, Ramasamy didakwa melakukan pecah amanah membabitkan pembayaran bagi bantuan kewangan pendidikan menerusi dua cek sebanyak RM15,000.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Prangin Mall, Georgetown dalam daerah Timur Laut antara 2 Mei 2019 hingga 18 April 2023.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuya.

Manakala tertuduh diwakili barisan peguam, Dr Shamser Singh Thind, Eng Yuh Pei dan Archana Chandrasekaran.

Hakim membenarkan Ramasamy diikat jamin berjumlah RM78,000 terhadap kesemua pertuduhan dihadapinya, selain diminta mengikuti semua syarat tambahan yang ditetapkan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 16 Julai depan.

Terdahulu, Ramasamy tiba di mahkamah jam 8.27 pagi bersama peguam serta penyokongnya bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Disiarkan pada: May 14, 2025 @ 12:13pm

Link: https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2025/05...hampir-rm860000
SUSMaybachS600
post May 14 2025, 08:30 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

QUOTE(ipohps3 @ May 14 2025, 08:28 PM)
habislah DAP
*
He ex DAP. Prof Rama also anti PAS and supports Parti Sosialis Malaysia candidate at recent by election.
SUSMaybachS600
post May 14 2025, 08:32 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

QUOTE(ipohps3 @ May 14 2025, 08:31 PM)
i mean even DAP people can be corrupt if the charges is valid.

inb4 LGE
*
Ok.
SUSMaybachS600
post May 14 2025, 08:36 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

QUOTE(PowerSlide @ May 14 2025, 08:33 PM)
is this one of the reason get kicked out by dap lol
*
inb4 framed. I suci murni.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0138sec    0.63    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 02:40 PM