» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE(HikayatSalju @ May 14 2025, 11:35 AM)
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar di Negeri Sembilan digesa mengambil pendekatan lebih konstruktif dengan mengadopsi haiwan itu yang diselamatkan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak dengan mengadakan bantahan, sebaliknya boleh membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui kaedah pengambilan dan pemeliharaan.
"Kita sudah tegaskan bahawa pelupusan anjing ini akan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Jika mengikut prosedur operasi standard (SOP), anjing-anjing ini akan disimpan selama beberapa hari selepas ditangkap.
"Dalam tempoh itu, NGO atau individu yang mahu membantu boleh mengambil dan memelihara anjing ini di rumah atau tempat masing-masing.
"Jadi, tidak timbul isu bahawa anjing ini akan ditembak atau dilupuskan begitu saja kerana ada SOP yang perlu dipatuhi," katanya ditemui selepas Majlis Anugerah Kebitaraan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Klana Resort di sini, semalam.
Aminuddin menegaskan, kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar itu yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), baru-baru ini.
Beliau berkata, langkah itu dibuat mengambil kira faktor keselamatan awam susulan aduan tinggi yang diterima berkaitan isu anjing liar.
"Dalam perkara ini, kerajaan negeri perlu bersikap adil dalam menyelesaikan aduan, terutama apabila berlaku kes serangan oleh anjing liar sehingga menyebabkan kecederaan.
"Ketika kejadian berlaku, tiada NGO atau pencinta haiwan berkenaan yang tampil memberikan bantuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/...us-bukan-asyik#

It's true. Adopt lah. Bising je
May 14 2025, 11:40 AM

Quote
0.0147sec
0.97
6 queries
GZIP Disabled