TLDR: They blamed Thai border instead
Statistik dadah di Kelantan: Hakikat di sebalik cetusan persepsi
KELANTAN cuba digambarkan secara negatif dengan statistik dadah yang tinggi dari pengumuman dibuat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini. Kelantan seolah-olah cuba digambarkan gagal membangunkan insan rakyatnya.
Namun, apabila pihak berwajib melaksanakan penguatkuasaan, kedudukan di sebalik statistik tersebut menunjukkan sebenar-benar hakikat, sekali gus menjelaskan secerah bulan perkara yang berlaku.
Tindakan tegas pihak berkuasa menutup laluan haram di sepanjang sempadan Kelantan–Thailand sejak Disember tahun lalu membawa impak besar dalam usaha membanteras penyeludupan dadah ke negeri ini.
Berdasarkan laporan terkini, kadar kemasukan dadah ke Kelantan berjaya dikurangkan sehingga 60 peratus hanya dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan bahawa kejayaan itu adalah hasil penguatkuasaan bersepadu antara pelbagai agensi termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, Cawangan Khas dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut beliau, sebelum ini dianggarkan antara 400 hingga 500 individu menyeberangi sempadan secara haram setiap hari, namun kini jumlah tersebut berkurang kepada kurang daripada 20 orang sehari.
“Kejayaan ini hasil penguatkuasaan ketat selepas pengisytiharan penutupan laluan haram di sempadan, selain kawalan di semua laluan tikus,” katanya.
Menurut Mohd Yusoff lagi, kesan positif turut dilihat pada penurunan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Kelantan.
Katanya, hasil penutupan laluan haram di sepanjang Sungai Golok juga menyebabkan rakyat kedua-dua negara kini masuk ke Malaysia dan Thailand secara sah melalui pintu masuk yang diiktiraf.
“Saya difahamkan borang khas seperti pas sempadan atau seumpamanya kehabisan kerana orang ramai tidak lagi menggunakan laluan haram untuk ke negara berkenaan dan begitu juga sebaliknya,” jelasnya.
“Semoga usaha ini akan memberi infak yang lebih baik untuk masa akan datang, demi kesejahteraan rakyat dan negeri Kelantan.
Meskipun jumlah kes jenayah narkotik bagi tempoh Januari hingga Mac 2025 meningkat satu peratus berbanding tahun lalu daripada 7,056 kepada 7,138 kes, namun jumlah tangkapan menunjukkan penurunan dua peratus, iaitu daripada 7,568 kepada 7,417 orang.
Lebih membanggakan apabila jumlah rampasan dadah juga menurun secara ketara daripada RM5.28 juta dalam suku pertama 2024 kepada RM2.23 juta dalam tempoh sama tahun ini.
Penurunan rampasan ini menurut beliau bukanlah kelemahan, sebaliknya menunjukkan kemasukan dadah telah berjaya dikekang dengan lebih berkesan di pintu-pintu sempadan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli, berkata, tindakan ini bukan sahaja wajar malah sepatutnya telah lama dilaksanakan.
Langkah yang diambil ini memberi isyarat jelas bahawa jika tindakan tegas dilaksanakan secara konsisten dan disertai kerjasama pelbagai pihak, masalah dadah boleh ditangani dengan berkesan.
Buat rakyat Kelantan, ini bukan sekadar berita baik, tetapi sinar harapan untuk masa depan yang lebih selamat dan sejahtera – sambil menolak tohmahan bahawa Kelantan adalah punca dadah, sedangkan realitinya negeri ini sedang mempertahankan tanah air dari serangan bahan terlarang yang dibawa dari luar.
Beliau menyatakan bahawa kejayaan besar tersebut mencerminkan kesungguhan semua agensi keselamatan dalam memastikan sempadan negeri dikawal dengan rapi.
“Usaha ini menunjukkan kesungguhan agensi-agensi yang terlibat dalam kawalan keselamatan, khususnya di sempadan, sehingga membuahkan hasil yang sangat bermakna,” katanya kepada Harakah.
Beliau menambah bahawa penutupan laluan haram turut membawa manfaat besar kepada rakyat Kelantan yang sekian lama terkesan dengan masalah penagihan dadah, menjadikan negeri ini antara tertinggi dalam kes pengedaran bahan terlarang.
Namun, tegasnya lagi, penting untuk masyarakat memahami bahawa dadah yang masuk ke Kelantan bukanlah berpunca dari dalam negeri ini.
Sebaliknya, Kelantan hanyalah laluan transit utama kepada bekalan dadah yang dibawa masuk dari negara jiran Thailand terutamanya dari kawasan Segitiga Emas yang terkenal sebagai pusat pengeluaran dadah terbesar di dunia.
“Fakta ini sangat penting bagi menepis persepsi sesetengah pihak yang menuduh Kelantan sebagai pusat dadah. Hakikatnya, Kelantan menjadi mangsa kepada kedudukannya yang bersempadan luas dengan Thailand,” katanya.
Beliau juga menzahirkan penghargaan atas kejayaan ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat, khususnya PDRM Kelantan.
“Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada PDRM Kelantan atas usaha ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2025
Link: https://harakahdaily.net/index.php/2025/05/...tusan-persepsi/
News This Harakah article about drug issues, really braindead to read
May 5 2025, 10:17 PM, updated 8 months ago
Quote
0.0149sec
0.59
5 queries
GZIP Disabled