Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 How did you fuck up the Jalur Gemilang, MOE?, (Aduhhhhhh)

views
     
JLA
post Apr 24 2025, 04:24 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,788 posts

Joined: May 2008
Polis sedia siasat Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan SPM

user posted image
DATUK RUSDI MOHD. ISA

KUALA LUMPUR : Siasatan akan dijalankan polis sekiranya terdapat laporan berkaitan kesilapan paparan bendera Jalur Gemilang yang dipaparkan di dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya akan menyiasat kesilapan itu disengajakan atau sebaliknya setelah laporan diterima.

“Setakat ini, kita belum menerima laporan berkaitan isu berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Rusdi menasihatkan semua pihak harus lebih berwaspada ketika menggunakan teknologi agar kesilapan berkenaan tidak berulang pada masa hadapan.

“Kadang-kadang kesilapan boleh berlaku jika menggunakan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI), perlu sentiasa semak sebelum membuat keputusan,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan memohon maaf atas kesilapan paparan bendera Jalur Gemilang dipaparkan dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024.

KPM dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas dan serta-merta telah diambil terhadap semua pihak terlibat.

Katanya, kecuaian tersebut tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan. Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

Terdahulu, menerusi Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM yang diedarkan hari ini terdapat beberapa imej janaan AI memaparkan kesalahan pada bendera Jalur Gemilang. – UTUSAN

JLA
post Apr 24 2025, 06:38 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,788 posts

Joined: May 2008
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemliang – Anwar

user posted image


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada layanan dua darjat dalam isu melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang.

Penegasan Perdana Menteri itu disampaikan Setiausaha Akhbar Kanannya, Tunku Nashrul Abaidah menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Jelas Anwar, siasatan akan dilakukan tanpa mengira pihak yang terlibat sama ada media tempatan, syarikat antarabangsa mahupun agensi kerajaan.

“Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua, tanpa pengecualian.

“Semua pihak perlu lebih peka dan berhati-hati dalam soal penerbitan bahan berkaitan simbol atau maruah negara,” tegasnya.

Terdahulu, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden mutakhir yang melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang, bendera rasmi negara yang menjadi lambang kedaulatan dan maruah kita semua.

Menurut Perdana Menteri, kekhilafan itu dipercayai berpunca daripada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej tersebut.

“Samada sengaja atau tidak, hakikatnya ia tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pertama, insiden melibatkan akhbar Sin Chew Daily, Kedua, sebuah syarikat luar negara yang menyertai pameran di Kuala Lumpur turut memaparkan video promosi yang menampilkan Jalur Gemilang tanpa anak bulan.

“Ketiga, laporan Prestasi SPM 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) turut memaparkan bendera Malaysia yang tidak lengkap,”katanya.

Bagaimanapun Anwar berkata, KPM kini sedang menjalankan siasatan dalaman dan beliau mengingatkan bahawa pihak
kementerian perlu menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap elemen-elemen yang membawa identiti negara, terutamanya dalam dokumen rasmi yang melibatkan jutaan pelajar dan ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di



JLA
post Apr 24 2025, 06:56 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,788 posts

Joined: May 2008
PM reminds ministries to be more sensitive to national identity elements, says senior press sec

user posted image
PETALING JAYA: Following a Jalur Gemilang error by the Education Ministry, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has reminded government ministries to be more sensitive towards matters pertaining to national identity, says his senior press secretary Tunku Nashrul Abaidah.

Tunku Nashrul said Anwar is concerned over the slew of recent incidents involving errors on the Jalur Gemilang, as it touched on national sensitivities.

“The Prime Minister reminds ministries to show higher sensitivity to elements relating to national identity, especially in official documents involving millions of students and parents,” said Tunku Nashrul in a press briefing broadcast via Anwar’s Facebook page on Thursday (April 24).

Tunku Nashrul said the Education Ministry is currently conducting internal investigations and Anwar has stressed that there will be no double standards in this issue.

“Investigations are made without taking into account whether it is local media, international company, or government agency.

“The principles of justice and respect towards the national symbol must be upheld by all, without any exceptions,” he said.

Tunku Nashrul said the slew of errors involving the Jalur Gemilang is believed to be caused by the use of artificial intelligence (AI).

He said the Prime Minister welcomed technological innovation, but stressed that AI must never replace editorial responsibility and quality control by humans.

“Each material involving the national symbol and public sensitivities must be thoroughly checked with respect and collective responsibility.

“AI is a great tool, but if misused, it could undermine national harmony,” added Tunku Nashrul.

On Thursday (April 24), the Education Ministry issued an apology for the error in its depiction of the Jalur Gemilang in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Examination Results Analysis Report.

The Education Ministry said action had been taken against those involved and a detailed investigation is underway.

The AI-generated photos have been removed from the soft copy of the report on the Examinations Board website.

Last Sunday (April 20), Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil also called for action after an incident where a booth at a baby product exhibition showcased the Jalur Gemilang without its crucial crescent moon, which represents Islam as Malaysia’s official religion.

Presently, Chinese language dailies Kwong Wah Yit Poh and Sin Chew Daily are also being probed for publishing a wrong Jalur Gemilang.

The Home Ministry is probing Kwong Wah Yit Poh over a Facebook post showing the Jalur Gemilang on April 16 without the crescent moon.

Sin Chew Daily also made a similar error in the front page of its April 15 edition, where they depicted the national flag without the crescent moon.

Sin Chew Daily had since publicly apologised and suspended its chief editor and deputy chief sub-editor over the front-page error.


JLA
post Apr 25 2025, 02:39 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,788 posts

Joined: May 2008
user posted image

Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada mukasurat 4, 14 dan 15 seperti yang diedarkan hari ini. Foto AIZAT ZAINAL, 24 APRIL 2025.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0147sec    0.79    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 01:19 PM