Janji untuk siasatan binaan haram di hospital kerajaan, kita mulakan dengan hantar emel kepada ROS untuk dapatkan audited report.
Jika tak dapat kerjasama, kita buat laporan polis dan SPRM.
Walaupun berdaftar dengan MySociety di bawah ROS, binaan kuil haram tersebut belum ada bukti hak milikan tanah dan lokasinya sangat mengganggu trafik dan pengunjung. .
Saya percaya, setiap agama mengajar dan mengajak kepada kebaikan. Integriti dan ketelusan pasti dijunjung tinggi. Betul tak?
Justeru, saya menyeru kepada semua penganut agama Hindu yang baik lagi berintegriti untuk menjadi pihak yang bersama-sama dengan kebenaran.
Sila minta laporan audit daripada pengurus kuil-kuil yang mengutip dana awam tetapi dibina di atas tanah yang tidak sah. Bila tahun terakhir audit dan pastikan tiada salahguna dana.
Dalam komuniti kami, ada Aliff Ahmad dan lain-lain individu yang sentiasa membuat semak dan imbang kepada mana-mana NGO. Untuk komuniti kalian, ada tak individu sebegitu? Jika ada, mohon kemukakan namanya supaya kita boleh bekerjasama.
Saya percaya jika terdapat penunggang agama Islam, terdapat juga penunggang agama Hindu. Mereka inilah “bangsa” yang merosakkan agama masing-masing.
Kalian kena faham, saya tidak memusuhi agama Hindu. Tetapi saya menentang perangai tidak senonoh yang berlaku kepada negara ini di atas nama agama dan 3R.
Sebarkan mesej ini kepada semua yang terlibat. Ok go.
This post has been edited by MaybachS600: Apr 22 2025, 01:44 PM