Sos: https://www.buletintv3.my/nasional/suspek-k...-ditembak-mati/
QUOTE
Suspek kes culik remaja perempuan ditembak mati
KLANG: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes culik seorang remaja perempuan maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sini, awal pagi tadi.
Mangsa berusia berusia 16 tahun itu yang diculik di Seremban, dibebaskan selepas sejumlah wang tebusan dibayar.
Timbalan Pengarah (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa diculik pada jam 5.45 petang, 10 April lalu di Seremban.
Kumpulan penculik katanya meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta sebelum keluarga mangsa membayar RM280,000 dan sejumlah barang kemas.
Mangsa dibebaskan di Sendayan pada jam 8.30 malam keesokan harinya.
Siasatan polis kemudian membawa kepada beberapa serbuan dan tangkapan.
Jelas beliau, kira-kira jam 5 pagi tadi,
suspek berusia 21 tahun itu dikesan di sebuah lokasi di sekitar Klang.
Pasukan polis kemudian mengejar kereta dipandu suspek sehingga ke Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi.
Suspek enggan memberhentikan kereta sebaliknya bertindak merempuh kenderaan polis dan melepaskan tembakan.
Kereta dinaiki suspek kemudian dipintas sebelum suspek berjaya ditembak mati.
“Ini merupakan suspek yang kita percaya positif terlibat dalam kes culik di Seremban.
Selain itu ada beberapa serbuan dan tangkapan yang kita buat, sejurus selepas kejadian,” katanya di tempat kejadian pagi ini.
Kereta dipandu suspek katanya sebelum ini digunakan untuk menurunkan mangsa di satu lokasi di Sendayan.
Pemeriksaan pada kereta dipandu suspek, polis menemui sepucuk pistol dan sebilah parang.
Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga berjaya menumpaskan kumpulan penculik berkenaan.

Apr 14 2025, 08:36 AM, updated 9 months ago
Quote

0.0168sec
0.80
5 queries
GZIP Disabled