.
SHAH ALAM: Dua lelaki tempatan maut akibat ditetak dalam insiden pergaduhan di Taman Sentosa, Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pusat kawalan IPD menerima panggilan berhubung orang cedera akibat pergaduhan pada jam 10.50 malam.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam di sebuah premis perniagaan di Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa.
“Dalam kejadian ini, suspek-suspek bertindak menetak dua mangsa di premis berkenaan yang mana salah seorang mangsa melarikan diri dan disahkan meninggal dunia dalam sebuah premis lain kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
“Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital swasta berdekatan dan disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital berkenaan.
“Mangsa yang meninggal dunia adalah warga tempatan berusia 36 dan 38 tahun dan masing-masing memiliki satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis juga masih menyiasat jika pergaduhan tersebut membabitkan kongsi gelap.
Mar 16 2025, 09:34 PM, updated 10 months ago
Quote

0.0198sec
0.78
5 queries
GZIP Disabled