https://utusantv.com/2025/03/13/lelaki-ugut...di-edl-ditahan/
QUOTE
Lelaki ugut pengguna jalan raya guna rotan kayu di EDL ditahan
Lelaki ditahan selepas aksinya mengugut pengguna jalan raya dengan menggunakan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik, Johor Bahru Timur (EDL).
SEORANG lelaki ditahan selepas aksinya mengugut pengguna jalan raya dengan menggunakan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik, Johor Bahru Timur (EDL) pada Ahad lalu tular.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Raub Selamat berkata, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya ditahan di Skudai, Johor pada pukul 10.30 pagi semalam.
Beliau berkata, turut dirampas sebatang rotan yang digunakan dalam kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang.
“Suspek bertindak demikian kerana berang dengan mangsa yang memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek mempunyai dua rekod lampau jenayah dan saringan air kencing adalah negatif dadah.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Raub berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan bertindak mengugut pemandu kereta lain dengan menggunakan kayu.

In other news, the IT guy who got jailed last time from that famous road rage accident also recently lost his appeal for lighter sentence (of 16 years).
Mar 13 2025, 12:30 PM, updated 10 months ago
Quote

0.0171sec
0.60
5 queries
GZIP Disabled