QUOTE
Buletin TV3-
SEREMBAN: Belum selesai kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu merah di daerah ini, satu lagi kejadian hampir serupa berlaku di Jalan Felda Sendayan, petang semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, sebuah kereta berwarna kuning merempuh dua penunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, tular video berdurasi 45 saat di akaun Facebook Fazhatul Ain sejak semalam menunjukkan rakaman kejadian kemalangan.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 38 tahun, motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang seorang wanita umur 21 tahun dan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 52 tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Sendayan, menghala ke Nilai manakala kedua-dua penunggang motosikal dari arah Gadong ke Sendayan,” katanya hari ini.
Jelas beliau, apabila tiba di lokasi kemalangan, kereta dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat berwarna merah, manakala lampu isyarat di bahagian penunggang motosikal bewarna hijau.
“Akibat kemalangan itu, penunggang Honda Dash mengalami kecederaan parah manakala penunggang Yamaha LC mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.
“Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198

Mar 11 2025, 07:33 PM, updated 10 months ago
Quote

0.0169sec
0.74
5 queries
GZIP Disabled