Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Peniaga wanita jual 113 air balang dpt RM7,000/day

views
     
TSGalaxyV
post Mar 8 2025, 10:16 PM, updated 10 months ago

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/03/...-rm7000-sehari/

user posted image

BESUT: Permintaan tinggi dan lokasi perniagaan strategik mendorong seorang peniaga menjual 113 jenis air balang pelbagai perisa di tujuh lot tapak Bazar Ramadan Kuala Besut, sini.

Suriane Abdullah, 29, berkata, jumlah jenis air yang ditawarkan itu meningkat kepada lebih 30 perisa berbanding yang dijual pada Ramadan tahun lalu bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Katanya, antara menu air yang dijual ialah 40 balang air berperisa, 50 jenis perisa air kocok, tujuh jenis air boba, lapan jenis air float, lima jus air buah, air laici kang, cendol dan cendol campur laici kang.

“Saya mengambil risiko kerana jumlahnya boleh dikatakan paling banyak berbanding peniaga air lain di bazar Ramadan sekitar daerah ini.

“Bagaimanapun berbekalkan semangat dan lokasi strategik yang diperoleh tahun ini, saya tetap menambah bilangan air yang dijual dan Alhamdulillah sambutannya memberangsangkan,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kuala Besut, semalam.

Menurut Suriane sejak awal Ramadan lalu, dia sudah menjual kira-kira 3,000 cawan air sehari termasuk dalam bungkusan plastik.

Katanya, sebanyak 200 kilogram gula digunakan setiap hari untuk membuat air tersebut dan ia dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh.

“Bagi memastikan tahap kebersihannya terjamin, air dan gula dimasak terlebih dahulu untuk mengelakkan berlaku keracunan dan cirit birit.

“Selain itu, air yang dijual dipastikan habis setiap hari dan tidak disimpan lama kerana setiap hari air baru dibancuh. Sekiranya jualan tidak habis saya mengagihkannya kepada pengunjung bazar atau ke masjid berdekatan untuk orang ramai berbuka puasa,” katanya.

Katanya, dengan jualan lebih 100 jenis air itu, pendapatan hariannya meningkat tujuh kali ganda berbanding jualan hari biasa sehingga mencecah RM7,000 sehari. – UTUSAN
TSGalaxyV
post Mar 8 2025, 10:22 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018
QUOTE(GambitFire @ Mar 8 2025, 10:20 PM)
These are the people who don’t pay a single tax and same time getting bantuan from government where ordinary office worker being tax gaogao and barely any bantuan..LHDN should go after all these hawkers
*
sama2
TSGalaxyV
post Mar 8 2025, 10:24 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018
next time i take 1 month leave and do
TSGalaxyV
post Mar 9 2025, 03:22 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018
ini sedap


TSGalaxyV
post Mar 9 2025, 11:18 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018


RM8?
TSGalaxyV
post Mar 9 2025, 11:19 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018


sedap bo?

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0154sec    0.41    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 03:12 AM