Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

News Jajan 'terang' ancam nyawa

views
     
SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 02:47 PM, updated 10 months ago

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

Jajan 'terang' ancam nyawa

Kuala Lumpur: Rupa bentuk dan warna terang menjadikan makanan ringan terutama produk gula-gula menarik perhatian golongan kanak-kanak.

Pemerhatian Harian Metro mendapati pelbagai jenis gula-gula berbentuk seperti gincu, haiwan, burger, botol air karbonat, aiskrim, bebola jeli selain gula-gula kenyal masam manis masih dijual secara terbuka di kedai fizikal mahupun platform dalam talian dan e-dagang.

Tekstur produk terbabit yang kebanyakannya kenyal dan keras dikhuatiri berisiko kepada kanak-kanak yang memakannya tanpa pengawasan orang dewasa selain kandungan bahan serta warna terang yang tidak diketahui selamat, mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna.


Bahkan, gummy eyeball yang penjualannya diharamkan dan dilarang Kementerian Kesihatan (KKM) juga masih dilihat berleluasa dijual apabila dipamerkan pada platform dalam talian.


Bapa empat anak yang mahu dikenali sebagai Azim, 35, berkata, kerajaan patut mengharamkan penjualan makanan ringan itu yang semestinya tidak berkhasiat selain kandungannya yang tidak diketahui boleh membahayakan pengguna terutama kanak-kanak.

Katanya, dia terkilan produk berkenaan masih dijual berleluasa di pasaran dan mudah diperoleh secara dalam talian.

"Ibu bapa jenuh halang anak-anak makan gula-gula itu, tetapi sedihnya di luar rumah mereka boleh dapat dengan mudah apabila makanan ringan itu dijual berleluasa di luar.

"Bukan ingin menutup periuk nasi peniaga, tetapi bagi saya sudah sampai masanya kerajaan lebih tegas dalam hal ini termasuk haramkan terus penjualan produk ini.

"Saya minta kerajaan sekat juga kemasukan produk dari luar ini yang kita sendiri pun tak tahu apa isi kandungannya mungkin boleh membahayakan nyawa anak-anak kita," katanya.

Seorang peniaga berusia pertengahan 40-an memaklumkan, dia memperoleh produk gula-gula pelbagai jenis itu daripada pemborong China dan Thailand.

"Saya beli secara pukal jadi dapat harga murah sedikit. Saya tidak tahu pun ia bahaya kerana pemborong memaklumkan ia selamat dan halal.

"Kebanyakan pelanggan tidak pernah mengadu pasal produk ini dan beli berulang kali," katanya enggan mendedahkan butiran lanjut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, pihaknya bimbang banyak makanan ringan diimport dari luar negara dikhuatiri berisiko kepada pengguna terutama kanak-kanak dijual berleluasa di kedai fizikal dan platform dalam talian.

"Pemerhatian saya mendapati, makanan ringan atau jajan yang dimaksudkan ini tidak mempunyai maklumat pelabelan yang jelas seperti maklumat risiko keselamatan terutama untuk kanak-kanak, tiada logo halal selain tidak berkhasiat untuk dimakan.

"Kebanyakan jajan ini ialah jenis gula-gula kenyal yang diperbuat daripada gelatin bukan buatan Malaysia tetapi banyak diimport dari luar tanpa kawalan terutama dari China, Thailand dan Korea.

"Selain risiko mudarat kepada kanak-kanak seperti apa yang telah berlaku baru-baru ini, kandungan pada bahan makanan perlu ikut standard makanan selamat kerana ia akan mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang jika ia tidak patuh dengan standard keselamatan makanan yang ditetapkan," katanya.

Katanya, kelemahan penguatkuasaan dan hukuman dikenakan kemungkinan agak rendah menjadikan peniaga tidak peduli dan masih menjual produk berbahaya itu.

"Kita ambil contoh crystal ball (bebola kristal) yang beberapa tahun lepas kerajaan sudah haramkan kerana ada beberapa kes kanak-kanak tertelan selain ia membesar dalam perut sehingga mangsa perlu jalani pembedahan untuk membuangnya.

"Tetapi malangnya ia masih terjual di pasaran kita sehingga sekarang walaupun diharamkan," katanya.

Justeru katanya, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan berkala di setiap premis dan platform dalam talian untuk memeriksa sama ada semua produk makanan yang dijual mematuhi peraturan pelabelan serta standard keselamatan makanan Malaysia.

"Pihak berkuasa kena lebih proaktif dengan memantau adakah produk dijual betul-betul mematuhi peraturan pelabelan dan standard makanan negara kita.

"Kerajaan juga perlu lebih tegas dengan sekat dan haramkan terus penjualan produk ini sebab tidak patuh standard keselamatan," katanya.

Dalam mengekang isu ini, Nur Asyikin berkata, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing terutama peniaga perlu bertanggungjawab menjual produk selamat untuk pengguna.

"Peniaga kena semak dulu maklumat pengilang, pengeluar, logo halal sebelum bawa masuk ke Malaysia atau ke platform dalam talian dan cakna dengan produk mereka jual itu sama ada ia selamat untuk dimakan terutama pengguna rentan seperti kanak-kanak yang tidak tahu membezakan makanan diambil.

"Pada masa sama, ibu bapa perlu cakna dengan maklumat pelabelan sebelum beli sesuatu produk dan pantau serta didik anak supaya amalkan mengambil makanan sihat dan lebih berkhasiat," katanya.


Disiarkan pada: Februari 24, 2025 @ 12:01pm

This post has been edited by MaybachS600: Feb 24 2025, 02:47 PM
SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 02:49 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

160 gula-gula 'bawa penyakit'

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan 160 jenis makanan ringan perlu disekat penjualannya berikutan dipercayai boleh mendatangkan risiko bahaya dan masalah kesihatan kepada pengguna terutama golongan kanak-kanak.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, NV Subbarow berkata, semua produk itu kebanyakannya dikesan mempunyai tekstur kenyal dan keras selain tidak berkhasiat kerana kandungan gula tinggi tidak sesuai dimakan kanak-kanak, namun masih dijual secara terbuka di pasaran.

Katanya, pemerhatian CAP itu dilakukan secara rutin sejak beberapa tahun lalu sama ada di kedai mahupun dalam talian dan masih aktif dijual sehingga kini.

"Bukan hanya gula-gula kenyal bermata, pelbagai lagi jenis produk seumpamanya yang berisiko kepada kanak-kanak masih merata dijual di pasaran kita.

"Kami dapati ada hampir 60 jenis produk gula-gula dan 100 jenis lain termasuk roti bun, coklat, agar-agar dan biskut yang berisiko dimakan pengguna terutama kepada kanak-kanak.

"Kebanyakan produk ini diimport dari luar negara yang tidak diketahui keselamatannya bahkan tidak berzat dan bergula tinggi yang pastinya mendatangkan pelbagai penyakit," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Subbarow berkata, makanan ringan terbabit juga dikhuatiri mendatangkan bahaya kerana tekstur kenyal, keras selain bentuknya bulat dan bersaiz besar yang boleh membuatkan kanak-kanak tercekik apabila makan tanpa pengawasan dewasa.

"Kebanyakan produk ini mempunyai tekstur kenyal jadi ia boleh memudaratkan pengguna terutama kanak-kanak yang tidak tahu lagi bagaimana hendak kawal ketika makan.

"Malah, ada juga jenis keras dan bulat jadi sukar bagi kanak-kanak untuk menelannya dengan baik yang kita bimbang tanpa pengawasan orang dewasa boleh membuatkan mereka tercekik dan menjejaskan bahagian pernafasan," katanya


SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 02:51 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

Pemborong tak tahu larangan



Kuala Lumpur: Gula-gula berbahaya yang sepatutnya lenyap dari pasaran kini kembali menghantui pengguna terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

Walaupun sudah diharamkan, produk itu masih dijual secara sembunyi-sembunyi di platform e-dagang dan media sosial, memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkannya dengan hanya klik pada pautan.

Tinjauan Harian Metro mendapati penjual licik menggunakan pelbagai helah termasuk menukar nama produk dan menggunakan kod khas bagi mengelak dikesan.

Antara gula-gula dijual termasuk candy popping berkarbonat yang boleh menyebabkan luka pada rongga mulut serta kerosakan gigi akibat kandungan asid yang tinggi.


Turut dikesan adalah jelly mini yang sebelum ini diharamkan kerana risiko tercekik namun masih boleh diperoleh dengan mudah melalui platform tertentu.

Beberapa jenama gula-gula pedas yang boleh menyebabkan iritasi perut serta gangguan pencernaan juga masih ditawarkan.

Gula-gula batu berwarna-warni yang mengandungi pewarna sintetik berlebihan dan bahan pengawet tidak dibenarkan juga dikesan dijual secara terbuka.

Lebih mengejutkan, gula-gula gummy eyeball dan yang berbentuk buah-buahan mengandungi gelatin berkualiti rendah serta pemanis tiruan turut dijual secara berleluasa.

Siasatan mendapati sesetengah produk ini pernah dikaitkan dengan kes keracunan makanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Lebih mengejutkan, kes terdahulu menunjukkan beberapa kes membawa kepada kematian akibat komplikasi serius berpunca daripada bahan kimia berbahaya atau tekstur gula-gula tersebut.

Selain penjualan atas talian, tinjauan Harian Metro ke beberapa kedai di sekitar ibu kota mendapati beberapa premis masih menjual gula-gula itu secara terbuka tanpa sebarang kawalan.

Di beberapa kedai runcit kecil dan gerai pasar malam, gula-gula itu dipamerkan secara terbuka di kaunter pembayaran atau diletakkan di bahagian makanan ringan yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Seorang peniaga kedai runcit mengakui gula-gula itu mendapat permintaan tinggi terutama daripada golongan muda, tetapi mendakwa tidak mengetahui produk tersebut telah diharamkan.

Lebih membimbangkan, beberapa premis dikunjungi turut menjual produk ini dalam kuantiti borong, sekali gus menunjukkan masih ada bekalan aktif dalam pasaran tempatan.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli berjaya mendapatkan beberapa jenis gula-gula terlarang melalui aplikasi pesanan peribadi dan kedai fizikal tanpa halangan.

Modus operandi penjual termasuk menggunakan platform e-dagang terkenal, siaran langsung di media sosial, serta penghantaran menggunakan perkhidmatan 'beg kuning'.

Apabila cuba dihubungi, kebanyakan peniaga enggan memberi kenyataan, malah ada yang terus memutuskan panggilan telefon.

Seorang lagi pemborong yang beroperasi melalui platform e-dagang mendakwa tidak tahu menahu mengenai status larangan produk tersebut.

"Saya hanya jual apa yang ada permintaan, kalau ada orang nak beli, saya jual. Saya tak pasti kalau ia sebenarnya sudah diharamkan," katanya sebelum enggan mengulas lanjut.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ali mendakwa dia hanya menjual mengikut permintaan pelanggan dan tidak tahu produk itu berbahaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan akan terus membanteras penjualan makanan terlarang ini dan tindakan tegas boleh dikenakan di bawah Akta Makanan 1983.

Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam membeli makanan atas talian dan melaporkan mana-mana penjual yang masih menjual produk yang telah diharamkan.

Dengan tindakan tegas pihak berkuasa dan kesedaran pengguna, diharap produk berbahaya ini dapat disekat sepenuhnya demi keselamatan orang ramai, khususnya kanak-kanak.

This post has been edited by MaybachS600: Feb 24 2025, 02:51 PM
nazrul90
post Feb 24 2025, 02:55 PM

Casual
***
Junior Member
302 posts

Joined: Sep 2009
My old days most jajan is all about toy. Like the famous parachute toy and cutout trump card
SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 03:00 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

Larangan kerajaan kurang berkesan

Kuala Lumpur: Gula-gula gummy eyeball yang masih dijual secara terbuka di kedai runcit dan platform dalam talian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Seorang bapa, Zuraidi Mansor, 32, berkata dia menyesal membeli gula-gula tersebut tanpa menyedari bahayanya terhadap kesihatan anaknya.

"Mula-mula nampak biasa, warna-warni dan menarik, tapi selepas anak saya makan, saya terus rasa curiga," katanya.

Menurutnya, warna gula-gula tersebut melekat di jari dan lidah anaknya sehingga menimbulkan persoalan mengenai kandungannya.



"Saya terus berhenti membeli selepas menyedari ada bahan meragukan dalam produk ini," tambahnya.

Dia juga mendapati gula-gula itu semakin popular kerana tular di media sosial dan menarik perhatian kanak-kanak.

"Ramai ibu bapa terpengaruh kerana anak sering melihat promosi gula-gula ini di TikTok dan Facebook," katanya.

Manakala seorang ibu, Munirah Jafar, 44, berkongsi pengalaman membeli gula-gula itu secara dalam talian untuk anaknya yang berusia 11 tahun.

"Saya nampak iklan di media sosial, ramai ulas positif, tak sangka ada sesuatu yang mencurigakan," katanya.

Katanya, anaknya mengadu tekstur gula-gula itu terlalu kenyal dan melekat di gigi, selain rasanya lebih kuat daripada gula-gula biasa.

"Bila saya buat carian lebih lanjut , rupanya ramai ibu bapa lain turut ragu-ragu kerana tiada label jelas mengenai kandungannya," jelasnya.

Sementara itu, Juraiti Mokhtar, 40, yang pernah melihat produk ini di pasaran memilih untuk tidak membelinya kerana menyedari bahayanya.

"Saya memang baca dulu isi kandungan sebelum membeli, sebab itu saya elak beli gula-gula meragukan," katanya.

Katanya, dia mendapati produk itu menarik perhatian kanak-kanak kerana warnanya yang terang serta bentuknya yang unik.

"Gula-gula berbentuk mata palsu atau menyerupai rokok lebih menarik perhatian anak-anak," tambahnya.

Tinjauan Harian Metro mendapati masih ada peniaga menjual produk ini meskipun terdapat larangan daripada pihak berkuasa.

Ibu bapa berharap tindakan tegas diambil bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual di pasaran.

"Kita tak tahu kesannya dalam jangka panjang, lebih baik elak biarkan anakmengambilnya," kata Zuraidi.
SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 03:01 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

QUOTE(nazrul90 @ Feb 24 2025, 02:55 PM)
My old days most jajan is all about toy. Like the famous parachute toy and cutout trump card
*
That Tora one right?
ThirdSon
post Feb 24 2025, 03:03 PM

Getting Started
**
Junior Member
84 posts

Joined: Jun 2010
From: kota kinabalu


jajan

not everyday word ever heard this
Zot
post Feb 24 2025, 03:10 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
7,938 posts

Joined: Mar 2014
QUOTE(ThirdSon @ Feb 24 2025, 03:03 PM)
jajan

not everyday word ever heard this
*
First time hearing the word for me. My English and my Bahasa are equally "good" laugh.gif
DValentine
post Feb 24 2025, 03:11 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
773 posts

Joined: Dec 2010
From: isudahinsap.flac


QUOTE(ThirdSon @ Feb 24 2025, 03:03 PM)
jajan

not everyday word ever heard this
*
QUOTE(Zot @ Feb 24 2025, 03:10 PM)
First time hearing the word for me. My English and my Bahasa are equally "good"  laugh.gif
*
indon term lettew
nazrul90
post Feb 24 2025, 03:20 PM

Casual
***
Junior Member
302 posts

Joined: Sep 2009
QUOTE(ThirdSon @ Feb 24 2025, 03:03 PM)
jajan

not everyday word ever heard this
*
Cikedis
alanyuppie
post Feb 24 2025, 03:27 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,834 posts

Joined: Jul 2006
From: here


QUOTE(nazrul90 @ Feb 24 2025, 03:55 PM)
My old days most jajan is all about toy. Like the famous parachute toy and cutout trump card
*
Missed the trump cards of pop culture characters of that time... especially Transformers and Ultraman.

Zot
post Feb 24 2025, 03:31 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
7,938 posts

Joined: Mar 2014
QUOTE(DValentine @ Feb 24 2025, 03:11 PM)
indon term lettew
*
Yes I just checked. It looks like common word used in Indonesia. Malaysia subtitle use Kudapan

Now even reporters are hired from Indon laugh.gif
DValentine
post Feb 24 2025, 03:34 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
773 posts

Joined: Dec 2010
From: isudahinsap.flac


QUOTE(Zot @ Feb 24 2025, 03:31 PM)
Yes I just checked. It looks like common word used in Indonesia. Malaysia subtitle use Kudapan

Now even reporters are hired from Indon  laugh.gif
*
thanks to your pmx use all those indon words whistling.gif
sonypshomer
post Feb 24 2025, 03:36 PM

Regular
******
Senior Member
1,595 posts

Joined: Aug 2017

Joker123
post Feb 24 2025, 03:38 PM

New Member
*
Junior Member
2 posts

Joined: Jul 2022
wah...jajan.....how long never hear this word already.....
pandah
post Feb 24 2025, 03:39 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
719 posts

Joined: Jul 2011

The eyeball thing is the one that choke a kid to death?
keyibukeyi
post Feb 24 2025, 03:59 PM

Getting Started
**
Junior Member
150 posts

Joined: Oct 2009
From: Klang, Selangor D.E Status: Work Everyday
i remember when i was smol, i used to eat alot of those gummny bear textured candy, lucky still surviving
nazrul90
post Feb 24 2025, 04:35 PM

Casual
***
Junior Member
302 posts

Joined: Sep 2009
QUOTE(alanyuppie @ Feb 24 2025, 03:27 PM)
Missed the trump cards  of pop culture characters of that time... especially Transformers and Ultraman.
*
Still keeping them but my huge collection is from Digimon
Attached Image
SUSMaybachS600
post Feb 24 2025, 06:22 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

QUOTE(pandah @ Feb 24 2025, 03:39 PM)
The eyeball thing is the one that choke a kid to death?
*
Yes.
novblaze
post Feb 24 2025, 06:39 PM

Casual
***
Junior Member
328 posts

Joined: Jan 2015
wall of text...

luckily now ai can summarize

user posted image




EVEN AI SAID IT'S TOO LONG!
Starbucki
post Feb 24 2025, 07:00 PM

Ayam betmen
******
Senior Member
1,389 posts

Joined: Apr 2009
Why are we using indonesian words??
Starbucki
post Feb 24 2025, 07:02 PM

Ayam betmen
******
Senior Member
1,389 posts

Joined: Apr 2009
QUOTE(ThirdSon @ Feb 24 2025, 03:03 PM)
jajan

not everyday word ever heard this
*
QUOTE(Zot @ Feb 24 2025, 03:10 PM)
First time hearing the word for me. My English and my Bahasa are equally "good"  laugh.gif
*
QUOTE(DValentine @ Feb 24 2025, 03:11 PM)
indon term lettew
*
Indonesian word. Nak memartabatkan bahasa tu mula la dari laman sendiri dulu.

This post has been edited by Starbucki: Feb 24 2025, 07:07 PM
Acher13
post Feb 24 2025, 07:20 PM

Getting Started
**
Junior Member
182 posts

Joined: Apr 2007
QUOTE(nazrul90 @ Feb 24 2025, 02:55 PM)
My old days most jajan is all about toy. Like the famous parachute toy and cutout trump card
*
user posted image
I remember those white plastic jajan got toy gun punya, 20sen

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0159sec    0.67    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 06:17 PM