Kenapa Tuanku begitu 'murka' sekali? Pada bulan November 2024, satu aduan telah sampai kepada pihak Jabatan Audit Negara (JAN) tentang salahguna kuasa dan penyelewengan serta manipulasi proses perolehan dan tender projek-projek di kampus Bangi UKM dan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Terdapat syarikat-syarikat yang telah diberikan tender walaupun mereka telah gagal penilaian teknikal dan/atau penilian kewangan, namun diluluskan juga oleh Jawatankuasa Tender UKM yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sendiri. (Ada kecurigaan juga tentang elemen rasuah yang diterima oleh ahli pengurusan tertinggi dari syarikat-syarikat tersebut. Ini sedang disiasat). Disebutkan juga ada penyelewengan di dalam Jawatankuasa Pra-tender (dipengerusikan oleh TNC HEPA), di UKM Shape (Pengarah UKM Shape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin) dan di UKM Holdings (Pengerusi UKM Holdings, Datuk Ahmad Shalimin).
https://www.1media.my/2025/02/gempar-tuanku...rka-dengan.html
This post has been edited by alexandersuk: Feb 4 2025, 12:50 AM
Feb 3 2025, 11:35 PM, updated 11 months ago
Quote
0.0137sec
0.75
6 queries
GZIP Disabled