Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Tarif Elektrik Naik 14% Bagi Tempoh 2025 - 2027, Di Semenanjung

views
     
TSJLA
post Dec 27 2024, 10:56 AM, updated 12 months ago

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,791 posts

Joined: May 2008
user posted image
KERAJAAN MADANI dilaporkan menarik balik subsidi yang diberikan terhadap golongan tersebut antaranya subsidi Haji dan tarif penggunaan elektrik.


27 Disember 2024, 9:37 am



PETALING JAYA: Tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.2 peratus kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWh), bersama dengan jadual tarif baharu bermula Julai depan, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada bursa semalam.

Perubahan ini akan berlaku di bawah Tempoh Peraturan 4 (RP4) selama tiga tahun yang akan berkuat kuasa dari Januari 2025 hingga Disember 2027.

Di bawah RP3 2022-2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWh.

Namun, bagi enam bulan pertama RP4 sehingga 30 Jun 2025, tiada perubahan dalam kadar tarif elektrik dan struktur tarif.

“Sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 (antara kadar tarif asas baharu dan lama) akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik,” katanya.

Jadual tarif elektrik semasa telah berkuat kuasa sejak 2014.

Jelas TNB, keputusan kerajaan untuk melaksanakan RP4 adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), yang telah menjadi teras kepada kemampanan dan kestabilan industri bekalan elektrik.

“Ia menyediakan kerangka peraturan yang telus, menggalakkan kecekapan kos, dan memastikan kemampanan kewangan dan operasi sistem serta industri.

“Melalui pelaksanaan RP4 di bawah IBR, TNB komited untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berterusan kepada pelanggan kami, meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, dan memudahkan agenda peralihan tenaga negara.

“Selain itu, TNB tetap komited untuk menyokong negara melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sambil memastikan sistem elektrik yang mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Di bawah RP4, perbelanjaan modal yang dibenarkan (Capex) adalah RM42.821 bilion, yang terdiri daripada RM26.554 bilion capex asas dan RM16.267 bilion Capex bersyarat.

Jumlah capex yang dibenarkan untuk RP4, TNB dijangka memberikan manfaat ekonomi yang signifikan untuk merangsang ekonomi negara dan menyediakan rangkaian elektrik bagi memudahkan agenda peralihan tenaga negara.

“Perbelanjaan operasi yang dibenarkan (opex) adalah RM20.782 bilion, yang menyokong perancangan dan pelaksanaan aktiviti operasi dan penyelenggaraan yang diperlukan untuk semua infrastruktur elektrik TNB,” katanya.

Menurut syarikat gergasi utiliti itu, kadar pulangan peraturan telah dikekalkan pada 7.3 peratus seperti yang ditetapkan dalam RP3.

“Ini akan membolehkan TNB membuat pelaburan penting dalam industri, memastikan bekalan elektrik yang berterusan dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, kos penjanaan kekal sebagai komponen terbesar dalam tarif elektrik, dengan gas dan batu arang terus menjadi sumber bahan api utama untuk penjanaan elektrik sepanjang tempoh ini.

“Sebarang kos penjanaan tambahan yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan api untuk bekalan elektrik akan dipindahkan melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (kos penjanaan elektrik tambahan disebabkan oleh perubahan harga bahan api (seperti gas atau arang batu) atau kos lain yang tidak dijangka untuk disalurkan semula kepada pengguna).

“TNB kekal neutral dalam hal ini dan tiada impak terhadap operasi perniagaan atau kedudukan kewangan syarikat,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2024/12/...ula-julai-2025/

TSJLA
post Dec 27 2024, 11:01 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,791 posts

Joined: May 2008
Tarif Elektrik Naik 2025: Apa Kesan kepada Pengguna?

Nak tahu berita terkini pasal bil elektrik?

TNB baru saja umumkan tarif elektrik asas baru untuk Semenanjung Malaysia yang akan berkuat kuasa Julai 2025. Kalau sebelum ni tarif asas adalah 39.95 sen per kWh (kilowatt hour) untuk tempoh 2022-2024 (RP3), kali ni ada kenaikan 14.2%, menjadikan ia 45.62 sen per kWh untuk tempoh tiga tahun akan datang (RP4).

Tapi rileks dulu! Bagi separuh pertama 2025 (Januari hingga Jun), kadar masih kekal sama macam sekarang. Bezanya untuk enam bulan ni, sebarang perbezaan kos akan ditampung oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Maknanya, pengguna tak kena kesan terus dari perubahan ni, sekurang-kurangnya sampai Jun 2025.

user posted image
Kenapa Tarif Elektrik Naik?

TNB bagi tau tarif elektrik ni bergantung kepada kos bahan api utama seperti arang batu dan gas. Kos ni memang sukar nak kawal sebab harga bahan api selalu turun naik. Sebab tu, TNB guna mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), di mana sebarang kos tambahan bahan api akan ditolak ke tarif elektrik selepas enam bulan, dengan kelulusan kerajaan.

Selain tu, untuk tempoh RP4, peruntukan modal (capex) TNB naik kepada RM42.82 bilion (berbanding RM20.55 bilion pada RP3). Kos operasi (opex) pun naik sikit ke RM20.78 bilion (daripada RM17.69 bilion sebelum ni). Kenaikan ni untuk pastikan sistem penghantaran dan pengedaran elektrik kita sentiasa dalam keadaan terbaik.



Apa Impak Kepada Kita?

Walaupun tarif asas naik, sebenarnya ia tak bermaksud bil elektrik kita terus melambung. Bil tetap bergantung pada penggunaan tenaga setiap isi rumah. Tapi kenaikan ni memang akan rasa sikit terutama bila kos ICPT mula dipindahkan pada pengguna.

Berita baiknya, TNB janji untuk terus jaga kualiti bekalan elektrik kita dan tingkatkan perkhidmatan. Malah, langkah ni juga selari dengan agenda negara untuk beralih kepada tenaga yang lebih mesra alam.



Pelabur Pun Makin Yakin

Berita ni nampaknya tak beri kesan negatif kepada TNB dari sudut kewangan. Harga saham TNB naik 10 sen kepada RM14.18, dan nilai pasaran mereka sekarang cecah RM82.43 bilion. Tahun ni saja, saham TNB dah naik lebih 40%!



Apa Yang Kita Boleh Buat?

Untuk pengguna biasa macam kita, kenaikan tarif ni mungkin jadi motivasi untuk lebih berjimat. Antara yang kita boleh buat:

1. Gunakan peralatan cekap tenaga – Cari label 5 bintang untuk peralatan elektrik.

2. Matikan peralatan bila tak guna – Jangan biar TV, kipas, atau lampu terpasang tanpa sebab.

3. Gunakan tenaga hijau – Kalau mampu, boleh pasang solar panel untuk kurangkan bil elektrik.



Kenaikan tarif ni mungkin nampak membebankan, tapi kalau kita bijak urus penggunaan tenaga, kesannya boleh diminimumkan. Apa-apa pun, TNB janji nak terus tingkatkan mutu perkhidmatan, jadi kita haraplah segala pelaburan besar mereka ni memang berbaloi untuk jangka masa panjang!
KONGSI


https://elitista.com.my/blogs/news/tarif-el...kepada-pengguna

Avangelice
post Dec 27 2024, 11:02 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,274 posts

Joined: Jun 2008


Slow as fuck

https://forum.lowyat.net/topic/5501492
Phoenix_KL
post Dec 27 2024, 11:05 AM

Getting Started
**
Junior Member
156 posts

Joined: Sep 2017
user posted image
akecema
post Dec 27 2024, 11:19 AM

Casual
***
Junior Member
436 posts

Joined: Mar 2005


cukur.. malaysia masih aman


SO~~~~ EV car will effected?
KevProp
post Dec 27 2024, 11:31 AM

Getting Started
**
Junior Member
81 posts

Joined: Mar 2022
so EV how?
vhs
post Dec 27 2024, 11:34 AM

Getting Started
**
Junior Member
90 posts

Joined: May 2022
OK... which vendor has the best of the cheapest solar panels installation for a 7-8 kWh system? One time cost instead of being slowly sucked dry during the next 10 years. ranting.gif

This post has been edited by vhs: Dec 27 2024, 11:34 AM
acbc
post Dec 27 2024, 11:35 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
9,050 posts

Joined: Jan 2003
Naik also useless. My area always blackout 10 times yearly.
Icehart
post Dec 27 2024, 11:41 AM

72.55.191.6
********
All Stars
14,899 posts

Joined: Apr 2005
From: Kuala Lumpur & Selangor


Solar company laughing to the bank biggrin.gif
ShadowR1
post Dec 27 2024, 11:49 AM

Im still HeRe ...
******
Senior Member
1,886 posts

Joined: Jan 2007
From: The Long river ...


Very the good.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0176sec    0.54    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 06:57 AM