Padan muka.
PS: TS, use the 'News' tag. I mistakenly repost the news.
Authorities raid child porn at 6 states
Authorities raid child porn at 6 states
|
|
Dec 24 2024, 02:04 PM
Return to original view | IPv6 | Post
#1
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Junior Member
900 posts Joined: Jan 2022 |
Padan muka.
PS: TS, use the 'News' tag. I mistakenly repost the news. |
|
|
|
|
|
Dec 24 2024, 02:29 PM
Return to original view | IPv6 | Post
#2
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Junior Member
900 posts Joined: Jan 2022 |
|
|
|
Dec 24 2024, 09:16 PM
Return to original view | IPv6 | Post
#3
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Junior Member
900 posts Joined: Jan 2022 |
|
|
|
Dec 25 2024, 12:36 AM
Return to original view | IPv6 | Post
#4
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Junior Member
900 posts Joined: Jan 2022 |
Bahan lucah kanak-kanak ditemui di kawasan perumahan mewah Georgetown: Sebuah kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas gempar apabila pihak polis menemui sejumlah bahan lucah, sebahagiannya disyaki bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam serbuan di sebuah rumah, malam tadi. Suspek, apabila disoal oleh pihak polis mengenai bahan itu, mengakui dia suka melihat kanak-kanak kerana mereka 'segar'. Serbuan di rumah itu sebahagian daripada 'Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC' - yang diketuai oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) - bagi menangkap individu yang disyaki memiliki dan mengedar CSAM. Operasi ini melibatkan siri serbuan yang diselaraskan di enam negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak. Suspek, seorang jurutera berusia 40-an, berada di rumah seorang diri ketika polis melawat rumah tiga tingkat itu. Katanya, isteri dan anak-anaknya sedang bercuti di luar negara. Suspek membawa pihak berkuasa ke tingkat dua, yang mempunyai dua komputer. Polis menemui lebih daripada 2,000 bahan lucah daripada salah satunya. Suspek memberitahu polis, dia menyimpan bahan lucah untuk tontonan sendiri. Suspek turut mengakui kepada penyiasat, dia suka melihat kanak-kanak kecil kerana mereka 'segar'. Polis memeriksa telefon bimbitnya dan merampas komputer, modem dan 'router'. Dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Serbuan ini dilakukan susulan siri laporan New Straits Times (NST) minggu lalu mengenai penjualan kandungan lucah buatan Malaysia, termasuk CSAM, yang semakin berleluasa di platform media sosial dan aplikasi pemesejan. Siasatan NST turut mendedahkan, bagaimana kandungan CSAM dijual serendah RM1 setiap video, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka. Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, terdapat trend yang menunjukkan akses kepada pornografi seperti ini telah menjadikan pemangsa semakin berani, dengan sesetengahnya cuba menculik kanak-kanak. Beliau juga menekankan akses mudah kepada kandungan pornografi telah menyebabkan ketagihan serius sehingga melibatkan kanak-kanak, termasuk murid sekolah rendah, yang terlibat dalam penghasilan dan penjualan kandungan CSAM untuk mendapatkan keuntungan. Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) memaklumkan kepada NST, penjenayah siber yang terlibat dalam perdagangan CSAM mengeksploitasi teknologi penyulitan canggih untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Malaysia, menurut FBI, telah menjalin kerjasama dengan agensi itu dan entiti antarabangsa lain untuk memanfaatkan koordinasi operasi secara masa nyata bagi menutup sasaran utama dan berimpak tinggi. Disiarkan pada: Disember 24, 2024 @ 11:45am |
|
|
Dec 25 2024, 12:44 AM
Return to original view | IPv6 | Post
#5
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Junior Member
900 posts Joined: Jan 2022 |
|
| Change to: | 0.0208sec
0.58
7 queries
GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 11:44 AM |