Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Penyanyi popular kelantan ditahan di disco golok, Bey sobar bey, suk3 tubik masuk

views
     
TSChanRakTer
post Nov 2 2024, 05:01 PM, updated 2y ago

New Member
*
Junior Member
0 posts

Joined: Oct 2022
✒️02.11.2024
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok

KOTA BHARU - Penyanyi wanita popular di negeri ini antara enam individu yang dipercayai ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand pada Jumaat.

Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Sumber ketika dihubungi mengesahkan penahanan penyanyi wanita berkenaan.

"Mengikut maklumat, dia kini berada dalam tahanan polis Thailand.

"Selebihnya, saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan," katanya.

Terdahulu berita tangkapan penyanyi lagu-lagu daerah Kelantan itu tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengikut maklumat tular itu, kesemua mereka ditahan selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan yang terletak di bahagian bawah hotel.

Hasil pemeriksaan dilakukan Polis Thailand menjumpai sebanyak 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Bagaimanapun, dua lagi suspek yang tidak dikenali berjaya melepaskan diri dalam serbuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan kes tersebut.

"Bagaimanapun, kita (Polis Kelantan) akan mendapatkan maklumat lanjut berkait kes berkenaan," katanya.

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
02 November 2024 01:24pm

#SinarHarian

user posted image

This post has been edited by ChanRakTer: Nov 2 2024, 05:18 PM
TSChanRakTer
post Nov 2 2024, 05:07 PM

New Member
*
Junior Member
0 posts

Joined: Oct 2022
QUOTE(Seybold @ Nov 2 2024, 05:05 PM)
6000 x 100 =?
*
What do you mean by 100? Rm100 per pill kuda?
TSChanRakTer
post Nov 2 2024, 05:16 PM

New Member
*
Junior Member
0 posts

Joined: Oct 2022
*SUNGAI GOLOK THAILAND - TANGKAPAN MELIBATKAN ENAM ORANG WARGANEGARA MALAYSIA*

Pada 01 NOV 2024 jam lebih kurang 0500 (waktu THAILAND) bertempat di Hotel Genting, Sungai Golok, THAILAND, satu tangkapan telah dilakukan oleh pihak Polis Sungai Golok,THAILAND melibatkan seramai enam orang rakyat MALAYSIA kerana kesalahan memiliki dadah.

*Butiran Tangkapan*

(a)Nama:MOHAMAD ALIF bin DERAMAN
No.Ic: 920216-03-xxxx
Alamat: L104 Taman Makmur Kok Lanas, 16450 Ketereh, KELANTAN
Umur: 32 Tahun

(b)Nama:NUR AIDA binti MAMAT
No.Ic: 920807-03-xxxx
Alamat: Lot 1278 Kg.Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, KELANTAN
Umur: 32 Tahun

©Nama: ERDIEKA bin MOHD NOOR
No.Ic: 921204-03-xxxx
Alamat: E-58 Taman Rantau Mas, 17200 Rantau panjang, KELANTAN
Umur: 32 Tahun

(d)Nama: ZUHAIRA NASRIN
No.Ic: 990212-03-xxxx
Alamat: PT 1424 Sebelah Masjid Taman Hidayah Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang, KELANTAN.
Umur: 25 Tahun

(e)Nama: MOHD AFFENDI bin AHMAD
No.Ic: 900331-11-xxxx
Alamat: Lot 1286 Taman Tengku Ahmad Panglima Jalan Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu, KELANTAN
Umur: 34 Tahun

(f)Nama: WAN NORSHAHEEDA AZLIN binti WAN ISMAIL
(Artis Tempatan)
No.Ic: 951120-03-xxxx
Alamat: Kampung Batu 8, Simpang Tiga Perol Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, KELANTAN
Umur: 29 Tahun

*Hasil Siasatan Maklumat*

Siasatan yang dijalankan mendapati tangkapan pihak Polis Sungai Golok, THAILAND dibuat ketika kesemua penama ditahan baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan / ‘Disco’ yang terletak di bahagian bawah Hotel Genting, Sungai Golok, THAILAND. Dipercayai kesemua penama yang ditahan telah naik ke tingkat atas hotel untuk berehat. Maklumat diterima turut menyatakan bahawa terdapat dua orang lagi penama yang tidak dikenali berada di dalam bilik hotel tersebut. Pada jam 0500 (waktu THAILAND) sepasukan Polis daripada Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok, THAILAND, telah membuat serbuan di bilik tersebut dan telah berjaya menahan keenam rakyat MALAYSIA tersebut manakala dua lagi penama yang tidak dikenali dipercayai berjaya melepaskan diri.

Hasil daripada pemeriksaan di dalam bilik tersebut pihak Polis telah berjaya menjumpai sebanyak lebih kurang 6 ribu biji pil dadah dipercayai pil kuda. Pihak Polis telah membawa kesemua rakyat MALAYSIA yang ditahan ke Balai Polis Sungai Golok, THAILAND untuk tindakan lanjut.

*Kemasukan Ke Sungai Golok, THAILAND*

Dipercayai dua daripada enam rakyat MALAYSIA yang masuk ke THAILAND adalah menggunakan laluan tikus / Pengkalan Haram Gergaji, Rantau Panjang, KELANTAN. Manakala empat penama daripada yang lainnya dipercayai menggunakan serta melalui Kompleks ICQS RANTAU PANJANG.

*Ulasan*

Ditaksirkan kemasukan keenam rakyat MALAYSIA yang ditahan adalah bertujuan untuk berhibur sempena cuti Deepavali. Setakat ini kesemua rakyat MALAYSIA yang ditahan tersebut, tidak membuat sebarang pengakuan memiliki dadah tersebut.

Pihak Polis Sungai Golok, THAILAND telah membuat laporan Polis dan membuka kertas siasatan keatas kesemua penama tersebut. Penama yang ditahan akan dibawa ke mahkamah Narathiwat, THAILAND untuk tindakan perundangan selanjutnya. Turut ditahan bersama adalah salah seorang rakyat MALAYSIA juga merupakan seorang artis wanita terkenal dengan lagu ‘Bae Sobar Bae’ serta sering mendendangkan lagu-lagu dikir moden di Negeri KELANTAN.
TSChanRakTer
post Nov 2 2024, 05:18 PM

New Member
*
Junior Member
0 posts

Joined: Oct 2022
QUOTE(asx26365 @ Nov 2 2024, 05:15 PM)
Seluar pendek
Type c?
*
Type /k

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0165sec    0.66    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 13th December 2025 - 04:48 AM