QUOTE
Kedai runcit warga asing simpan, cuci sayur dalam tandas sebelum dijual
Melaka: Sebuah premis kedai runcit di kawasan perindustrian Tanjung Minyak Perdana bukan saja gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, malah dikesan menyimpan dan membersihkan sayur-sayuran di dalam tandas sebelum dijual.
Kesalahan itu terbongkar hasil pemeriksaan mengejut Op Samar dilakukan sepasukan empat pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka, di premis berkenaan, akhir bulan lalu.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pemeriksaan ke atas premis dikendalikan warga asing itu dilakukan pada 30 September lalu bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari hasil intipan selama dua hari susulan aduan orang awam.
"Semasa pemeriksaan barang kawalan di belakang premis, pasukan menemukan barangan (sayur-sayuran) yang hendak dijual disimpan terlebih dulu di dalam tandas premis, kita syaki bagi tujuan dicuci sebelum dijual.
"Manakala semasa pemeriksaan menyeluruh tanda harga pada semua barangan mendapati barangan laksa segera dalam pek sudah tamat tempoh dan tidak sesuai dijual kepada pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menyeluruh termasuk uji beli bagi mengesan salah laku peniaga, didapati premis usahasama warga tempatan dan asing itu juga gagal mematuhi AKHAP 2011.
"Beberapa kesalahan ditemukan dilakukan oleh pengendali premis antaranya gagal mematuhi Perintah Penandaan Harga pada Barangan dan Caj Perkhidmatan 2020 termasuk mengenakan caj penghantaran.
"Kita juga mendapati premis berkenaan menjual barangan yang sudah tamat tempoh serta tidak mengamalkan aspek kebersihan yang baik pada barangan yang hendak diniagakan," katanya sambil memaklumkan pihaknya turut menemui najis tikus di bawah peti sejuk di dalam premis.
Dalam pada itu, Norena menegaskan KPDN Melaka kekal komited dalam memastikan hak pengguna terbela dan melalui Op Samar, sebanyak 26 premis diperiksa dan menghasilkan tujuh kes membabitkan pelbagai akta yang sedang berkuat-kuasa.
-Harian Metro-

Oct 6 2024, 08:37 PM, updated 2y ago
Quote
0.0174sec
0.59
5 queries
GZIP Disabled