Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Tiger as main sponsor for SJKC , ramai marah marah

views
     
TSAlex9892
post Jul 25 2024, 08:37 PM

Casual
***
Junior Member
438 posts

Joined: Feb 2017


PETALING JAYA: Sebuah syarikat minuman keras menjelaskan ia tidak membuat sebarang sumbangan kepada sekolah, susulan kontroversi menyentuh suatu majlis kutipan dana baru-baru.

Menurut Tiger Beer, peranannya hanya melibatkan persembahan artis dalam program Chinese Education Charity Concert (CECC).

CECC merupakan pertubuhan yang membantu masyarakat mengumpul dana bagi menaik taraf kemudahan di sekolah Cina yang memerlukan bantuan.

Sebagai sebuah jenama bir, kami tidak membuat sebarang sumbangan kepada sekolah, katanya dalam kenyataan.
Peranan kami dalam CECC hanya melibatkan persembahan artis tempatan di konsert yang dianjurkan untuk para penderma.

Menurut syarikat itu lagi, komunikasi dan penglibatannya hanya pada peringkat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah dan ahli lembaga pengarah yang mengendalikan sekolah.

Menurutnya, sebanyak RM413 juta dikumpulkan masyarakat melalui platform CECC sehingga kini, tanpa sebarang sumbangan daripada jenama bir kepada sekolah.
Pihak penganjur sentiasa berhati-hati dalam memastikan semua program dan aktiviti yang dianjurkan menghormati sensitiviti budaya dan mematuhi peraturan tempatan, katanya.

CECC sudah wujud selama 30 tahun, tambahnya.
Isu sumbangan syarikat minuman keras tercetus susulan tular gambar Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu, menghadiri suatu majlis kutipan dana di sebuah sekolah di Sepang.

Wakil rakyat Amanah itu menjelaskan beliau tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program, yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar dilapor mengkritik Aiman dengan menyifatkan perkara itu memalukan.

Di sebalik kontroversi ini, Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbir institusi pendidikan mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
TSAlex9892
post Jul 26 2024, 06:32 PM

Casual
***
Junior Member
438 posts

Joined: Feb 2017


Isu tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini, adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, wujud persepsi silap yang mendakwa syarikat arak dan rokok menyalurkan dana kepada sekolah Cina.

Katanya, konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah, lapor BH.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0229sec    0.43    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 03:03 PM