» Click to show Spoiler - click again to hide... «
BANGI: "Jangan ikut perasaan dan nafsu, selepas ini balik kampung dan jaga anak."
Demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid, hari ini selepas menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap peniaga ubat kuat, dikenali sebagai 'Miza Ozawa' kerana mencari langganan untuk aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram pada awal bulan ini.
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Amiza Baharuddin, 27, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 6 Jun lalu yang mana hukuman itu berjalan serentak bersama hukuman penjara sebulan sebelum ini.
Mengikut pertuduhan, Siti Amiza yang sedang hamil enam bulan, didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium dekat Bukit Mahkota di sini jam 4 petang, 6 Jun lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Shahrul menasihati supaya tertuduh jangan mengikut perasaan dan nafsu serta jadikan kes ini sebagai pengajaran.
Hakim: Awal asal mana?
Siti Amiza: Saya asal Pulau Pinang.
Hakim: Lepas ini hendak buat buat apa?
Siti Amiza: Saya hendak buka kedai makan dekat KL (Kuala Lumpur) dan mahu jaga anak (dalam kandungan).
Hakim: Kenapa dekat KL, siapa ada? kenapa tidak di Pulau Pinang?
Siti Amiza: Saya senang cari makan di KL.
Hakim: Family (keluarga) di mana?
Siti Amiza: Pulau Pinang, KL ada kawan.
Hakim: Balik Pulau Pinang..dekat KL tiada saudara mara kan, kawan tidak boleh pakai...duduk dengan family kalau betul hendak jaga anak.
Siti Amiza: Faham tuan
Sementara itu, Siti Amiza dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dan tidak dikenakan penjara.
"Saya mengandung dan insaf perlakuan lama saya, dan mohon dikenakan hukuman denda dan bukan penjara.
"Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan terkutuk ini lagi dan mahu memulakan hidup baru, saya mahu menjaga anak ini selepas keguguran anak pertama, saya tidak boleh berada dalam penjara, boleh jadi mental dan tekanan," katanya dalam nada sebak.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dengan mengambil kira kes kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan membabitkan langganan persundalan.
"Kesalahan yang dilakukan tertuduh tidak bermoral dan boleh meruntuhkan moral masyarakat selain meningkatkan penularan penyakit kelamin," katanya.
Mengikut fakta kes, ibu tunggal itu menggunakan media sosial di bawah nama Miza Ozawa mencari langganan bagi maksud persundalan telefon bimbit itu kemudian dirampas dan media sosial dikenalpasti untuk dibuat semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pegawai penyiasat kes melakukan semakan SKMM dan mendapati tertuduh menggunakan Facebook dan Telegram untuk melakukan kesalahan itu, manakala media sosial berdaftar atas nama Siti Amiza Baharuddin.
Minggu lalu, Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pada 14 Jun lalu, Harian Metro melaporkan dua gadis tempatan bawah umur berusia 12 dan 17 tahun, antara lima individu yang ditahan di Kajang pada 6 Jun lalu kerana disyaki menggunakan media sosial untuk mempromosi dan terlibat dalam aktiviti persundalan.
Siasatan turut mendapati kumpulan itu mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kegiatan pelacuran dan penjualan produk seks.
This post has been edited by Alex9892: Jun 24 2024, 05:56 PM
Jun 24 2024, 04:53 PM, updated 2y ago
Quote

0.0296sec
0.68
6 queries
GZIP Disabled