QUOTE(Rocko @ Oct 7 2025, 06:38 AM)
haha as ive called it. baca PS tu pun dah boleh agak that's where the problem lies in. so its the issue of reissuing a new birth certificate bila original ones aint there is the main problem.
yes any country can provide citizenship to whomever that they want, but for the player to qualify playing for that country is another thing
so adakah DG JPN ni jadi scapegoat? sape suruh kuar PS 'in goodfaith'. kan dah kena quote dgn fifa

QUOTE
𝗣𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 46
Dalam hal ini, Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa pihaknya sependapat dengan kesimpulan yang dibuat dalam Laporan Siasatan, khususnya bahawa sijil kelahiran asal menunjukkan perbezaan besar berbanding dokumen yang dikemukakan oleh pihak yang disiasat (FAM). Antara penemuan utama adalah seperti berikut.
1. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Maria Belen Concepcion Martin yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Melaka, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Santa de la Palma, Sepanyol.
2. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Carlos Rogelio Fernandez yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Pulau Pinang, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Villa Maria Selva, Santa Fe de la Cruz, Argentina
3. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Omar Eli Holgado Gardon yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di George Town, Pulau Pinang, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Caseros, Buenos Aires, Argentina.
4. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Concepcion Agueda Alaniz yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Pulau Pinang, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Roldan, Argentina.
5. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Nair de Oliveira yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Johor, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Abre Campo, Brazil.
6. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Gregorio Irazabal Lamiquiz yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Kuching, Sarawak, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di Villa de Guernica y Luno, Viscaya, Sepanyol.
7. Sijil kelahiran Datuk/Nenek Hendrik Jan Hevel yang diberikan oleh FAM mengatakan mereka lahir di Negeri-Negeri Selat, Melaka, Malaysia, namun sijil kelahiran yang diperolehi oleh Sekretariat FIFA menunjukkan mereka dilahirkan di The Hague, Belanda.
𝗣𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 47
Selain itu, Jawatankuasa juga mengambil perhatian terhadap kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, yang difailkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri dan dianggap amat relevan dalam kes ini.
JPN mengesahkan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak pernah menerima sijil kelahiran asal untuk individu-individu yang terlibat. Sebaliknya, JPN telah mengeluarkan salinan baharu berdasarkan maklumat sekunder dan dokumen luar negara yang diperoleh dari Argentina, Brazil dan Sepanyol.
JPN turut mengakui bahawa mereka tidak dapat mengesan rekod tulisan tangan asal dan disebabkan itu JPN hanya mengeluarkan salinan rasmi berdasarkan bukti bahawa kelahiran tersebut pernah berlaku.
Menurut Jawatankuasa, pengakuan ini menunjukkan bahawa proses pengesahan oleh kerajaan Malaysia mungkin tidak dilakukan berdasarkan dokumen asal, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap ketelitian proses pengesahan yang dijalankan oleh FAM.