all belanda pun takleh makan china? takut jadi mcm filipina je skuad indo ni... masa filipina dptkan pemain2 warisan berkualiti kebanyakan dari liga sepanyol dulu nmpk mcm diorg akan dominate football kat asia tenggara...
silap erick thohir.... patutnya perkasakan liga dulu, tiru formula jepun bangunkan liga & kelab... fanbase dah tak jadi masalah kat indonesia... cuma nak naikkan mutu liga je... labur duit tu amik pakar2 dari eropah... ni tak, timnas level asia tapi kelab2 liga indo nak lwn team asia tenggara pun tercungap2...
bc statement abg ni..terasa mcm nk tukar nama thohir tu yg bkenaan je leh apply kat liga M sekali.
Sebab kenapa semangat aku luntur tengok Liga Malaysia tahun ini:
Ramai yang mungkin dah kurang tengok bola Malaysia tahun ini kerana rasa dah bosan pasukan yang sama jadi juara terlalu lama dalam liga.
Ada juga yang makin lemau nak tengok bola sebab pasukan kebangsaan dah tak seperti dulu. Ada juga yang tak tengok bola kerana berpendapat bakat tempatan makin dipinggirkan kerana kelab dan negara lebih gemarkan darah warisan, kacukan, malah yang tiada darah bernama Malaysia pun ramai sehingga tahap dibenarkan meletakkan seluruh kesebelasan utama tidak berasal dari negara ini.
Tapi tidak untuk aku. Aku di tahun-tahun sebelumnya, gemar menulis data dan statistik sendiri. Setiap perlawanan. Setiap minggu. Walaupun aku bekerja sambilan bersama sebuah media bola sepak, kalau ikutkan, penulisan dan kajian statistik itu bos aku tak pernah paksa suruh buat, tapi aku buat sendiri sampai tahap pundits di televisyen pun minta izin nak guna tulisan aku.
Tahun ini tidak rasa bersemangat lagi. Mengikut rekod, sebenarnya musim Liga Malaysia 2024-25 bermula pun aku dah tak semangat.
Sebab satu kejadian. Kejadian pemain kebanggaan negara kita disimbah asid.
Siapa yang buat, aku tak nak tuduh sesiapa. Hal itu aku percaya satu hari nanti akan diketahui juga.
Cuma pada aku, apakah besar benar nilai bola sepak sehingga hampir meragut nyawa pemain ini. Apakah dosa dia?
Lebih aneh lagi, selepas berbulan lamanya, kes ini masih tidak lagi dipastikan siapakah penjenayah yang melakukan hal ini.
Lama aku berfikir. Aku rasa aku dah tak nak terlalu minat bola. Untuk mengatakan aku dah tak ada hati langsung, mustahil. Aku dah minat bola sepak dari zaman tadika. Takkan tiba-tiba nak berhenti macam tu aje.
Cuma ya, tak dinafikan, api semangat tu dah tak macam dulu. Dulu sehingga jumlah minit permainan setiap pemain aku rasa aku nak kirakan. Sekarang keputusan perlawanan pun ada ketikanya dah rasa tak perlu tahu.
Dulu ketika Malaysia gagal layak ke Piala Dunia B17, ketika itu skuad negara diwakili oleh pasukan AMD, ramai orang atasan bola sepak bergaduh secara terbuka di media.
Kemudian program pembangunan bola sepak negara mula dipertikaikan. Selepas itu Lim Teong Kim keluar dari program tersebut.
Kyril Jamaluddin menggesa supaya program tersebut tidak dihentikan. Baginya ia seperti mencabut plug ekosistem bola sepak yang telah membesar dengan baik.
Pada ketika itu saya tidak berapa faham dengan baik apa itu NFDP, bagaimana ia bernilai tinggi kepada bahagian bawah piramid bola sepak Malaysia.
Masalah kefahaman berlaku kerana saya hanya melihat hasil di permukaan iaitu keputusan perlawanan melibatkan pasukan dan pemain AMD. Tak nampak apa yang berlaku di bahagian bawah.
Hari ini saya sedikit faham. Salah satu darinya, ia menjadi sumber pemain bagi setiap sekolah (rendah khususnya). Jurulatih sekolah cukup berminat dengan pemain Akademi Tunas.
Cikgu Ridzuan yang merupakan cikgu bola di sekolah Frenkie ada bertanya kepada ibunya selepas dia melihat beberapa gambarnya bermain bola sepak.
Pertanyaan pertama adalah "dia main kat Akademi Tunas ke"?
Lepas cikgu tu tanya lagi dia kelas mana dan sebagainya. Frenkie telah memperkenalkan dirinya seawal 8 tahun. Laluan untuk dia mewakili sekolah B12 menjadi tinggi.
Benarkah peluangnya lebih tinggi? Benar, kerana hanya dua sahaja pelajar tahun dua disekolah itu bermain boka sepak di Akademi. Mereka telah dilatih lebih awal.
Ribuan pelatih Akademi Tunas sebenarnya belum mampu menampung keperluan sekolah harian. Ribuan dari akademi lain juga belum cukup.
Lama selepas itu cikgu sukan, Sir Gopi ada bertanya kepada kakak Frenkie, "adik awak main Akademi Tunas ke?".
Tak dia main Akademi Putrajaya tetapi dia akan cuba pemilihan Akademi Tunas dalam tempoh 3 tahu lagi, pada usia 11 tahun.
Ia bermakna Akademi Tunas cukup popular dalam kalangannya.
Jika jurulatih AMD berkata pemainnya sentiasa menjadi rebutan, di bahagian paling bawah sebenarnya ia juga begitu.
Setiap negeri mempunyai purata 3 Akademi Tunas, kemudian mereka mempunyai Pusat Latihan Daerah dimana jumlah pusat latihannya hampir sama dengan Akademi Tunas.
Ia bermakna, kanak-kanak juga boleh bermula dengan mana-mana akademi swasta/persendirian sebelum mencuba di Akademi Tunas sebelum usia 12 tahun.
Rumusan, kita tak akan faham jika tidak masuk ke dalam sistemnya.
NFDP adalah satu ekosistem yang besar yang cukup terkenal di setiap bahagian piramidnya dan mereka menjadi sumber pemain kepada setiap sekolah harian.
Ia seperti, sekolah tersebut merasakan mereka seperti mendapat hadiah jika ada pelajarnya bermain di Akademi Tunas. Mereka mendapat pemain yang terlatih.
Bagi saya, Akademi Tunas sama seperti Akademi Bola Sepak lain, boleh bermula dari mana-mana. Akademi Tunas tidak mampu menampung ramai pelatih.
Cuma dalam tempoh usia 7-12 tahun, pelatih dari akademi lain perlu mencuba di Akademi Tunas tidak kira pada usia mana.
Kerana laluan NFDP lebih panjang dan tinggi.
Dalam topik sampingan khusus untuk Putrajaya, kawasan ini tidak mempunyai sekolah sukan "Negeri" untuk melengkapkan piramid NFDP.
Ini harapan tuan Nazaruddin yang diceritakan pada minggu lepas, dia bercita-cita mahu Putrajaya ada sebuah sekolah sukan. Putrajaya sudah memiliki Akademi Tunas dan Pusat Latihan Daerah
Mmg susah nk cari stability eh keje jd coach kt Liga M kan..time frame lagi giler nk achieve dr team epl..ko nk team ko menang sokmo or ko nk focus develop talent klu bajet xbesar