
https://www.facebook.com/100088678757011/po...frJrzl/?app=fbl
𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐓𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐛𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐜𝐮𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐑𝐨𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐋𝐚𝐣𝐮 𝐝𝐢 𝐋𝐞𝐛𝐮𝐡𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐨𝐫𝐧𝐞𝐨
1. Tarikh/Masa Kejadian: 04/03/2024 (Isnin) @ 1500Hrs
2. Lokasi kejadian: Lebuhraya Pan Borneo Saratok - Betong.
3. Kenderaan terlibat: Pacuan Empat Roda Jenis Toyota Hilux
Ringkasan kes :
Pada 01/04/2024 (Isnin) jam 1100hrs, JSPT IPK Sarawak terima aduan video tular yang dimuatnaik di media sosial oleh seorang individu pada 04/03/2024 yang memandu laju di Lebuhraya Pan Borneo dari arah (Saratok - Betong). Pihak JSPT IPK Sarawak telah mengarahkan BSPT IPD Kuching untuk mengesan pemandu pacuan empat roda tersebut.
Pada 02/04/2024 (Selasa) Pihak BSPT IPD Kuching telah berjaya mengesan dan mengarahkan pemandu tersebut untuk hadir ke BSPT IPD Kuching.
Pada 03/04/2024 (Rabu), jam lebih kurang 1030hrs, pemandu pacuan empat roda tersebut telah hadir serah diri di BSPT IPD Kuching. Hasil siasatan mendapati (OKS) mengakui perbuatan dan kesalahannya tidak mengikut peraturan trafik di jalanraya dan tidak sepatutnya berbuat demikian.
Sebanyak (5) saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan kepada pemandu (OKS) berkenaan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Kenderaan telah ditahan dibawah Seksyen 60 (1) APJ 1987 untuk tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Apr 4 2024, 09:11 PM, updated 2y ago
Quote
0.0176sec
0.52
5 queries
GZIP Disabled