QUOTE(hksgmy @ Feb 21 2024, 07:43 PM)
Wow. I learn something new every day. During my time, 30 years ago, we needed passports to go S&S! When did they change the system?
Nak gib u extra info for less 3 months and more 3 months.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, rakyat Malaysia dari Semenanjung yang tidak mempunyai Pasport Malaysia atau Dokumen Perjalanan Terhad, akan diberikan Dokumen Gantian Perjalanan apabila hendak masuk ke Sabah atau Sarawak. Ia dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes dan pemegang hanya boleh menetap di Sabah atau Sarawak tidak lebih daripada tiga bulan.
Rakyat dari Semenanjung yang ingin melawat Sabah dan Sarawak tidak lebih tiga bulan tidak perlu membuat permohonan awal. Sebaliknya, cuma perlu mendapatkan dokumen tersebut di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan pas lawatan tersebut.
Bagi individu yang mempunyai Pasport Malaysia Antarabangsa bewarna merah, mereka boleh juga menggunakannya dan permit lawatan akan dicop di dalam pasport tersebut.
Menetap di Sabah atau Sarawak lebih tiga bulan
Sudah pasti orang ramai sedia maklum tentang pasport berwarna merah yang digunakan untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, mungkin tidak ramai tahu tentang pasport berwarna biru.
Pasport berwarna biru ini dikenali sebagai Dokumen Perjalanan Terhad. Ia dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen bagi rakyat Malaysia dari Semenanjung yang ingin menetap di Sabah atau Sarawak selama lebih tiga bulan. Pasport biru sah selama lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama lima tahun lagi. Berbanding pas sosial, Dokumen Perjalanan Terhad perlu dimohon lebih awal dan dikenakan bayaran RM5