Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Umno rindu slogan : Najib turun Ringgit naik.

views
     
SUSpfizer
post Feb 21 2024, 05:28 PM, updated 2y ago

Getting Started
**
Junior Member
149 posts

Joined: Jul 2021
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir situasi ekonomi semasa dengan mengaitkan slogan bahawa penyusutan nilai ringgit negara mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Dr Akmal berkata, beliau rindu dengan slogan tersebut yang mengungkapkan bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat jika Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Najib turun, ringgit naik. Rindu betul slogan ini,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat jam 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

This post has been edited by pfizer: Feb 21 2024, 05:29 PM

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0163sec    0.52    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 06:59 AM