Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 IPhone Dengan Papan Kekunci QWERTY Fizikal, Mudah Untuk Menaip

views
     
TSXploit Machine
post Jan 7 2024, 03:26 PM, updated 2y ago

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,272 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

IPhone Dengan Papan Kekunci QWERTY Fizikal, Mudah Untuk Menaip

user posted image


Jika dahulu fenomena Blackberry menjadi kegilaan kebanyakan pengguna telefon pintar, kini Clicks melancarkan papan kekunci QWERTY fizikal untuk model iPhone. Clicks Creator Keyboard adalah reka bentuk papan kekunci QWERTY yang direka untuk meningkatkan pengalaman menaip pengguna dan ia serasi untuk berbilang model iPhone, termasuk iPhone 14 Pro, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.


Papan Kekunci QWERTY Clicks

Clicks adalah sarung telefon yang dilengkapi papan kekunci QWERTY silikon untuk iPhone. Penggunaan papan kekunci itu dikatakan dapat memaksimumkan ruang skrin dan membolehkan pengguna menikmati aplikasi dan kandungan tanpa gangguan papan kekunci pada skrin. Kehadiran bunyi semasa menaip dianggap sebagai tarikan utama pada papan kekunci QWERTY Click itu. Ia juga menyediakan akses mudah kepada pintasan iOS, menjadikan ia praktikal untuk kegunaan harian.

Papan kekunci itu juga dilengkapi lampu latar yang boleh ditogol untuk menaip dalam keadaan cahaya malap dan menyokong pengecasan melalui sambungan Lighting atau USB-C bergantung pada model iPhone. Selain itu, ia serasi dengan pengecasan tanpa wayar. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan sarung silikon itu adalah silikon cecair, polikarbonat, kulit vegan dan nikel bersalut untuk memastikan ketahanan dan keselesaan.


Harga papan kekunci QWERTY Clicks​

Berikut adalah harga jualan papan kekunci QWERTY tersedia dalam dua warna kuning dan kelabu:​

- Model iPhone 14 Pro – USD139 (~RM647)​
- Model iPhone 15 Pro – USD139 (~RM647)​
- Model iPhone 15 Pro Max – USD 159 (~RM740)​


Bagi yang berminat, boleh melakukan pembelian menerusi laman web Clicks. Ikut harga di atas, sememangnya sarung papan kekunci QWERTY Clicks itu memang mahal. Malah penggunaan sarung silikon tersebut menjadikan iPhone lebih panjang. Pun begitu, buat anda yang menyukai kewujudan papan kekunci fizikal pada telefon pintar dan tidak kisah mengenai harganya, mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli sarung papan kekunci tersebut.
TSXploit Machine
post Jan 7 2024, 03:26 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,272 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃


will4848
post Jan 7 2024, 03:34 PM

UNKNOWN
*******
Senior Member
6,596 posts

Joined: Sep 2010
From: DONT KNOW


bcum blackberryapple pulak doh.gif
TSXploit Machine
post Jan 7 2024, 03:35 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,272 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

QUOTE(will4848 @ Jan 7 2024, 03:34 PM)
bcum blackberryapple pulak  doh.gif
*
appleberry biggrin.gif
cempiang-x
post Jan 7 2024, 04:20 PM

New Member
*
Newbie
16 posts

Joined: Dec 2007
QUOTE(Xploit Machine @ Jan 7 2024, 03:35 PM)
appleberry  biggrin.gif
*
blackapple
Savor_Savvy
post Jan 30 2024, 09:33 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,776 posts

Joined: Jul 2006


It's quite expensive. Kalau dalam RM300++ ok lagi.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0139sec    0.99    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 23rd December 2025 - 01:32 PM