Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Squasy now an olympic sport

views
     
TSPeopleOfPerlis
post Oct 16 2023, 11:16 PM, updated 3y ago

New Member
*
Junior Member
39 posts

Joined: Aug 2021
KUALA LUMPUR: Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai, India pada Isnin.
Selain skuasy, kriket, besbol dan sofbol, lacrosse serta flag football juga antara sukan yang mendapat sokongan daripada Lembaga Eksekutif IOC.

Dalam pada itu, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), Skuasy AS dan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berbesar hati dengan keputusan IOC memilih skuasy untuk dipertandingkan di LA 28.

Keputusan penting ini memberi peluang kepada atlet skuasy bertaraf dunia untuk bersaing di pentas sukan terbesar di dunia, dengan menawarkan dua pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita.
Juara individu Sukan Asia, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari yang berusia 30 dan 29 tahun menjelang 2028 dijangka berada di puncak karier skuasy ketika itu.

Presiden WSF, Zena Wooldridge memaklumkan beliau gembira dengan penglibatan skuasy dalam Sukan Olimpik LA28 serta menyifatkan skuasy sebagai sukan yang sangat dinamik dan mencabar serta sesuai untuk kejohanan Olimpik

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0145sec    0.54    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 12:51 PM