Salam sejahtera kepada semua warga /k.
It has been a while. Seperti yang semua sedia maklum (bagi yang ingatlah), aku adalah salah seorang /k residen yang bekerja sebagai rider Foodpanda.
Alhamdulillah sejak 4/9/2023 aku dah dapat kerja tetap yang berhampiran dengan rumah aku (14km) berbanding kerja di KL (70km).
Jadi aku ada masa lebih untuk buat delivery sebagai rider Foodpanda (part time).
Seperti gambar di atas, gaji aku sepanjang bulan 9 yang lepas adalah RM590.18 termasuklah tips dari customer.
Aku bekerja selama 92 jam lebih kurang bersamaan dengan gaji RM6.64/hrs.
Sepanjang bulan 9 ni aku berjaya kekalkan batch 3.
Jadi, berbaloi atau tidak? Mohon /k bincangkan. Sekian, terima kasih.
This post has been edited by Akmall540: Mar 15 2024, 11:18 AM
Oct 3 2023, 03:46 PM, updated 2y ago
Quote


0.0552sec
0.38
6 queries
GZIP Disabled