Raja dan Rakyat berpisah tiada. Begitulah menggambarkan negeri Johor, Permata Selatan Tanah Air yang sinonim dengan acara tahunan Kembara Mahkota Johor 2023 bakal membuka tirai pada 5 Ogos ini.
Konvoi Diraja yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan menjelajah di 10 daerah seluruh negeri Johor selama 4 hari bermula pada 5 hingga 8 Ogos.
Raikan dan alami kemeriahannya dengan pelbagai pengisian acara-acara menarik yang dibawakan khas oleh Kerajaan Negeri Johor. Nantikan keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersama rombongan Kembara Mahkota Johor 2023.
2019
PONTIAN 20 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan pelancaran Coffee Table Book Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2001-2018 di Dataran Majlis Daerah Pontian di sini hari ini. Selain itu, buku tersebut juga turut mempamerkan adat budaya, permainan, makanan, kraftangan serta pakaian tradisi kaum di Johor.
Coffee Table Book berharga RM150 itu mula dijual kepada orang ramai bermula hari ini dan ia boleh didapati di semua destinasi persinggahan Kembara Mahkota Johor 2019.
Turut berangkat hadir menyaksikan pelancaran buku itu adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berserta keluarga Diraja Johor dan rombongan kembara. Di Dataran Majlis Daerah Pontian, baginda singgah bersarapan di sebuah kopitiam berdekatan, sebelum beredar ke Pusat Perdagangan Pontian bagi menyaksikan Cub Prix 2019.
Destinasi pertama persinggahan adalah Dataran Majlis Daerah Pontian, disusuli dengan Kampung Sungai Nibong (Semerah, Batu Pahat) selain Kompleks Sukan Tok Laji (Kesang Tasek, Tangkak) dan Maharani Up Town (Muar).
This post has been edited by plouffle0789: Aug 2 2023, 09:18 AM
Menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung ke seluruh negeri johor. Perjalanan melebihi 1000 kilometer, selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata johor.
Pengembaraan ini bermula pada 13 -16 Mei 2012 dan berakhir di
Plaza Angsana, Tampoi.
Berikan sokongan anda bersempena keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
KULAI: The Kembara Mahkota Johor 2017 finally drew its curtains for the 20th edition as the Sultan of Johor and his family completed their 808km annual royal trip.
The arrival of Sultan Ibrahim Sultan Iskandar at 4.05pm at
Hutan Bandar Putra in Kulai
marked the closure of the KMJ 2017.
The Kembara Mahkota Johor 2015 took place from August 10th, 2015 to August 13th, 2015.
November 26, 2018 @ 10:07am
JOHOR BAHRU: “Saya dan Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah) tak sabar-sabar nak bertemu rakyat di semua daerah,” titah Sultan Ibrahim Iskandar sebelum memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018, pagi ini.
Sultan Ibrahim bersama konvoi Diraja Johor berlepas dari Istana Pasir Pelangi pada jam 8.15 pagi tadi menuju ke Kampung Temenin Baru di Kota Tinggi.
Hari pertama KMJ membabitkan perjalanan sejauh 270 kilometer menyaksikan rombongan singgah ke Kampung Temenin Baru dan Kampung FELDA Air Tawar 3 di Kota Tinggi, Pantai Sekakap di Kampung Sri Pantai, Mersing sebelum ke lokasi terakhir di Laman Kampung Melayu, Kluang.
Tema Kembara Mahkota Johor 2015 ialah “Muafakat Bangsa Johor “.
KMJ 2015 kini sudah masuk tahun ke-15 penganjurannya, dengan 18 edisi.
KMJ 2015 akan menyaksikan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, melawat 10 daerah di Johor, menaiki Harley Davidson dengan Jalur Harimau Selatan, dan bas Prevost Marathon.
DYMM Sultan Ibrahim juga akan memandu bas dalam kawasan bandar, manakala motosikal Glide Street berkuasa 1690cc di jalan-jalan kampung.
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan perjalanan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 sejauh 800 kilometer (km) ke 10 daerah di negeri itu bermula pagi Sabtu.
Upacara pelepasan edisi KMJ ke-20 itu berlangsung pada pukul 8 pagi di Dataran Bandaraya di sini.
Hari Pertama : 09/09/2017 (Sabtu)
Jarak laluan 195km
Johor - Kota Tinggi
Dataran Bandaraya Jb (Pelepasan) – Lingkaran Dalam – Edl – Permas Jaya – L/Raya Pesisiran Pantai – Kg Pasir Gudang Baru – Jln Pasir Gudang – Jln Pekeliling – Susur Senai/Desaru (Sde) – Plaza Tol Cahaya Baru – L/Raya Senai/Desaru
– Tol Ulu Tiram – Jln Jb/K.Tinggi – Petronas Ulu Tiram
– Jln K.Tinggi / Mersing – Jln Johor/K.Tinggi – Jln Ibrahim – Jln Sg Kemang – Titian Laksamana, Kota Tinggi – Jln Ibrahim – Jln Tun Sri Lanang – Mawai – Jln Kota Tinggi/Mersing – Felcra Sg Ara – Jln K.Tinggi/Mersing - Jemaluang – Bandar Mersing – Jln Mersing/Endau – Jln Makam - Dataran Kembara, Mersing – Jln Makam – Jln Endau / Mersing – Bandar Mersing – Jln Mersing / Jemaluang – Jln Sri Pantai – Jln Sekakap – Istana Flintstones, Mersing (Bermalam)
Hari Kedua : 10/09/2017 (Ahad)
Jarak laluan 157km
Mersing - Kluang
Istana Flintstones – Jln Sekakap - Kem Iskandar - (Pulau Mensirip) – Kem Iskandar - Jln Sekakap – Jln Sri Pantai – Jln Mersing – Jalan Abu Bakar – Bangunan Ecr , Mersing – Jln Ibrahim – Jln Ismail – Jln Mersing / Jemaluang – Pengkalan Batu – Nitar 1 – Jln Mersing / Jemaluang –
Jln Mersing / Kluang – Dataran Kahang – Jln Kahang / Kluang – Jln Felda Kahang Barat – Felda Kahang Barat – Jalan Padang Tembak –
Kem Bn 5 Pga, Simpang Renggam - Jln Jb/Air Hitam – Machap – Jln Bandar Baru – Jln Putera 1 - Bandar Baharu Ayer Hitam – Jln Air Hitam/Yong Peng –
Pekan Yong Peng - Jln Yong Peng /Segamat- Gerai Majlis Daerah Labis, Taman Chaah Baru
– Labis – Taman Tenang Jaya – Tenang – Jalan Genuang – Jalan Omar –
Dataran Segamat – Jementah – Jalan Kg Sagil – Laman Herba Kg.Sagil Parit 2 – Jln Bukit Gambir – Taman Serom Utama – Sg Mati – Pt Bunga – By Pass – Jln Sg Abong – Srcc Sg Abong – Jln Sg Abong – Jln Salleh – Jln Abdullah – Jln Majidi – Jln Abd Rahman – Jln Sultanah - Muar 3 (Bermalam)
Hari Keempat : 12/09/2017 (Selasa)
Muar - Batu Pahat - Kulai
Jarak laluan 247km Muar 3 – Dataran Tanjung Emas – Jln Kamariah – Jln Majidi - Jln Abd Rahman – By Pass – Jln Temenggong – Pt Jawa – Jln Bkt Mor – Bukit Mor – Jln Parit Jawa/Bakri – Jln Muar - Pt Sulong – Jln Seri Medan – Tmn Botani, Seri Medan – Jln Seri Medan
- Tongkang Pecah – Jln Tan Swee Hoe – Jln Kluang – Sri Gading – Parit Raja - Dataran Dato Sukiman, Simp Pt Botak – Pt Botak – Jln Rejo Sari – Jln Pt Betak - Jln Pt Madirono – Kg.Permatang Duku - Benut – Jln Bt Pht/Pontian - Dewan Orang Ramai Ayer Baloi – Pt Panjang – Dewan Semai Bakti Felda Bukit Batu –
Tol Sedenak – L/R U/Selatan – Tol Senai (U), L/Raya 2 Nd Link / Senai – Susur Jpo – Persiaran Indahpura 6 – Persiaran Indahpura Utama – Lebuh Putra Utama – Hutan Bandar Putra, Kulai (Penutup)
This post has been edited by plouffle0789: Jul 25 2023, 10:05 PM
2017, I was there by the road side waving Johor flags as the convoy passed by
Johor Bahru, 23 Mei: Selepas bermotosikal dan menaiki kereta api, Kembara Mahkota Johor (KMJ) kali ke-17 pada tahun ini menampilkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat mencemar duli bertemu rakyat dengan menggunakan bas khas.
KMJ selama empat hari dijangka bermula dari 21 hingga 24 Jun depan, Sultan Ibrahim akan memandu sendiri dengan bas yang dibeli dari Amerika Syarikat, jenama Prevost Marathon Coach.
Lebih unik, baginda akan memandu bas keluaran syarikat dari Kanada yang menggunakan kaedah pemanduan sebelah kiri.
“Saya akan pandu sendiri, tidak ada masalah mengenainya kerana saya ada lesen memandu,” titahnya ketika temubual eksklusif bersama The New Straits Times Press (M) Berhad di Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.
Menurutnya, bas ditempah khas itu lengkap dengan peralatan dan kemudahan termasuk tempat tidur dan baginda tidak perlu bermalam di rumah rakyat seperti KMJ sebelum ini.
Katanya, baginda tidak mempunyai masalah bermalam di rumah rakyat dikunjunginya, namun keadaan itu menyebabkan mereka menjadi serba salah.
“Untuk tidak menyusahkan sesiapa, saya gunakan bas pada tahun ini dan akan tidur di dalamnya di tempat yang akan disinggahi nanti.
“Saya akui pastinya bas ini akan menjadi tumpuan rakyat di tempat kami singgah nanti. Saya juga berpeluang berbual dan minum bersama rakyat, walaupun bermalam dalam bas,” titahnya.
which stop you will go?
Johor Bahru - Pontian - Kota Tinggi - Mersing - Kluang - Segamat - Tangkak - Muar - Batu Pahat - Kulai.
I hope this year 1st stop also at dataran bandaraya....
There are many parking there......
Public bus also can reach...
This post has been edited by plouffle0789: Jul 20 2023, 01:12 PM
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
which stop you will go? Johor Bahru - Pontian - Kota Tinggi - Mersing - Kluang - Segamat - Tangkak - Muar - Batu Pahat - Kulai.
I hope this year 1st stop also at dataran bandaraya.... There are many parking there......
Public bus also can reach...
Not sure yet, see whether I have time to go Johor. What's the theme this year? Back in 2017 I think HH was driving some antique race car. Quite a sight to see.
Not sure yet, see whether I have time to go Johor. What's the theme this year? Back in 2017 I think HH was driving some antique race car. Quite a sight to see.
I think this year theme not yet announce
This post has been edited by plouffle0789: Jul 20 2023, 12:47 PM