See... this is what I'm afraid of...
QUOTE(vtec_turbo63 @ Jun 29 2012, 09:43 AM)
That's what I thought but I was slam with a summon on 27 June 12 and i'm riding a CBR954

... coastal highway penang. I asked the traffic police isn't it big bike no need to use the bike lane ... he says no.
So pandai-pandailah .....

So did you pay the fine? Or have you tried clarifying with the office?
Anyway, the only thing I managed to find so far in regards to this rule is
this dated piece of article.
QUOTE
Lorong motosikal kurangkan kemalangan
PUTRAJAYA 15 April - Pengenalan lorong khas motosikal berjaya mengurangkan kadar kematian di kalangan penunggang motosikal sehingga 90 peratus.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, kajian di Kuala Lumpur dan Klang sejak tiga tahun lalu menunjukkan hanya terdapat satu kes kematian dicatatkan di laluan motosikal berbanding kes kematian yang tinggi di jalan lain.
"Kita mahu menyediakan laluan motosikal yang selesa kepada penunggang motosikal, ia dapat mengurangkan kadar kemalangan dengan memisahkan motosikal dengan kenderaan lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program advokasi penggunaan lorong motosikal di Persiaran Timur di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Suret berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan lorong motosikal di seluruh negara supaya ia berada dalam keadaan baik sepanjang masa.
Beliau turut mengajak penunggang motosikal dan orang ramai melaporkan kerosakan di lorong motosikal supaya kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan dengan segera.
"Kita juga berusaha mengatasi masalah lain di lorong motosikal kerana terdapat lorong motosikal yang mempunyai masalah anjing liar, keadaan yang gelap atau dihalang pokok," katanya.
Beliau berkata, laluan motosikal juga tidak boleh digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi yang melebihi 249 cc.
"Kita telah memaklumkan kepada persatuan-persatuan sukan permotoran supaya motosikal berkuasa tinggi menggunakan jalan-jalan biasa," katanya.
Sementara itu, Suret berkata, penguatkuasaan undang-undang akan dilakukan ke atas penunggang motosikal yang enggan menggunakan lorong motosikal di Putrajaya mulai 1 Mei depan.
"Kita berpuas hati dengan tahap kesedaran penunggang motosikal di mana ramai yeng menggunakan lorong motosikal ini sejak ia diperkenalkan awal bulan ini," katanya.