Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Corolla Sport 1.2 turbo alternatif Civic terbaek?

views
     
SUSMr Mercedes
post May 3 2023, 04:03 PM, updated 3y ago

Casual
***
Junior Member
424 posts

Joined: Sep 2015
Toyota Corolla Sport hatchback dari RM 150k - model 'rare', 1.2L turbo, alternatif Civic terbaik?

user posted image

Ianya masih sebuah Corolla, nama model terlaris dari Toyota sejak zaman berzaman justeru sudah tentu ia akan menjadi model mercu dari jenama itu. Sebanyak 50 juta unit Corolla sudah dijual di seluruh dunia, dalam pelbagai bentuk iaitu SUV, hatchback, sedan dan sebagainya namun bukan semua yang kita mahukan boleh kita dapat.

Untuk Malaysia, pengedar rasmi UMW Toyota hanya menawarkan dua varian - bentuk sedan dengan Toyota Corolla Altis atau SUV Toyota Corolla Cross.

Adakah ini bermakna bahawa bentuk hatchback Corolla tidak diidamkan? Jika itu persoalan anda, pengeder recond seperti First Mile Auto berada di sini untuk memenuhi permintaan tersebut.

Berbeza tetapi masih terasa akrab

First Mile Auto bukan nama baharu dalam niche Toyota Corolla Sport. Jika anda pernah melihat sebuah Toyota Corolla Sport dengan warna Baby Blue dan rim Work Emotion di mana-mana pameran kereta, model ini adalah milik mereka.

Kali ini, model yang ingin diketengahkan adalah Toyota Corolla Sport GZ - varian teratas bukan hibrid. Unit ini berharga dari RM 150,000, tidak terlalu mahal berbanding Toyota Corolla Altis atau Toyota Corolla Cross yang dijual rasmi. Menarik kan?

user posted image

Berbaloi atau tidak? Itu terpulang kepada anda. Umum mengetahui reka bentuk hatchback menawarkan sensasi pemanduan yang lebih sedap. Di tambah dengan model ini jarang ditemui atas jalan, harga tersebut kelihatan berbaloi pada hemat kami tanpa perlu berkompromi dalam aspek ketahanan dan ketersediaan alat ganti Toyota.


Bagaimana dengan ciri kelengkapan? Mari kita senaraikan, spesifikasi Toyota Corolla Sport varian tertinggi ini menawarkan lampu LED penuh di hadapan dan di belakang, rim 18-inci dwi-tona, dan untuk model ini, ia dilengkapi dengan kit badan Modellista sepenuhnya.

user posted image
user posted image

Toyota Corolla Sport hatchback dari RM 150k - model 'rare', 1.2L turbo, alternatif Civic terbaik? 08

Meletakkannya dalam barisan varian dengan Toyota Corolla lain, model ini nampak jauh lebih menarik dan kami difahamkan bahawa ia merupakan satu-satunya model setakat ini (ketika artikel ditulis).

Kabin dalaman konvensional Toyota
user posted image
user posted image

Di dalam Toyota Corolla Sport adalah rekaan yang biasa kita lihat. Reka bentuk papan pemuka, susun atur suis dan ciri kelengkapan kesemuanya mengikut buku teks Toyota yang penuh bertimbang rasa. Ianya mudah digunakan, senang difahami dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diserasikan.

Walaubagaimanapun, penggunaan skrin sentuh infotainmen 10.5-inci adalah di dalam bahasa Jepun, sesuatu yang sinonim dengan model recond dari negara Matahari Terbit itu. Pembeli boleh meminta pengedar untuk menukar dengan unit kepada Android dengan sedikit bayaran tambahan.

Pembaca tol elektronik Jepun
Radio berfungsi pada frekuensi FM yang terhad (julat frekuensi tidak sebanyak Malaysia) namun masih mempunyai pautan Bluetooth. Sesetengah pemilik mungkin cukup dengan sambungan Bluetooth memandangkan hiburan yang didapati atas talian lebih menghiburkan daripada radio.

Bagi kelengkapan lain, kesemuanya mencukupi dan berada pada tahap yang bagus – tempat duduk semi-bucket dengan upholsteri kulit mewah, gugusan instrumen digital, penyaman udara dwi-zon dan pilihan mod pacuan.

Unit ini menawarkan beberapa perincian dengan stiker gentian karbon palsu dan pemegang telefon - seperti yang anda dapat lihat pada bahagian stereng misalnya. Ianya masih kelihatan kemas dan tidak mengganggu rekaan kabin dalaman Corolla yang sudah akrab dengan pemandu.

Toyota Corolla Sport ini juga memberikan standard pemasangan Jepun. Apa maksudnya? Kualiti binaan yang bagus; tempat duduk yang lembut dan empuk, dan penggunaan plastik terasa kukuh. Ruang di belakang – sekurang-kurangnya dalam rebiu ringkas kami – adalah memadai untuk keluarga kecil, tetapi ruang but agak sempit.

Cukai jalan yang murah tapi masih cukup kuasa

Memelihara Toyota Corolla Sport tidak akan menjadi terlalu mahal, sebahagiannya hasil daripada cukai jalan serendah RM 55. Penggunaan enjin empat silinder pengecas turbonya hanya berkapasiti 1.2 liter (1196 cc), menghasilkan 116 PS / 185 Nm dan kombo transmisi automatik Super CVT-i. Varian transmisi manual wujud; First Mile Auto mempunyai beberapa unit dalam stok mereka dengan lebih banyak lagi akan datang tak lama lagi.

Penggunaan bahan api menurut pengeluar untuk enjin kecil itu ialah serendah 6 liter/100 km (16.4 km/l). Ya, ia boleh diisi dengan RON 95 tanpe sebarang masalah.

Untuk ciri keselamatan standard, Toyota Corolla Sport disertakan dengan 6 beg udara, dan suite ADAS penuh Toyota Safety Sense.

Patutkah saya membeli Toyota Corolla Sport?

Cukup menarik, kan? Perlu diingatkan bahawa perlindungan waranti secara rasmi dan panggilan semula produk (jika ada) tidak dilanjutkan kepada kereta recond seperti ini. Namun jika sudah memang berkemampuan, tidak salah untuk memilikinya apatah lagi dengan status 'rare' dan kebolehpercayaan Toyota.

Selain daripada itu, membeli kereta recond di Malaysia adalah agak mudah – setiap proses secara amnya adalah sama seperti anda membeli kereta terpakai biasa. Tinjau pilihan Toyota Corolla Sport yang disenaraikan melalui pautan ini.

https://www.wapcar.my/bm/toyota-corolla-spo...c-terbaik-58560

This post has been edited by Mr Mercedes: May 3 2023, 04:10 PM
SUSMr Mercedes
post May 3 2023, 04:05 PM

Casual
***
Junior Member
424 posts

Joined: Sep 2015
Maybach dont cibai report me.
DarkNite
post May 3 2023, 04:05 PM

ФĻĐ ИΞШB!Ξ
********
All Stars
11,058 posts

Joined: Jun 2008
Thailand no have?
AthrunIJ
post May 3 2023, 04:06 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,993 posts

Joined: Feb 2015

18inch donut and only has 120ps and 190nm?

Wtf?

This post has been edited by AthrunIJ: May 3 2023, 04:07 PM
matmoto5125
post May 3 2023, 04:07 PM

Silent Reader
******
Senior Member
1,305 posts

Joined: Sep 2007


Not with that gaudy bodykit. Eww.
ycs
post May 3 2023, 04:10 PM

MEMBER
*******
Senior Member
4,234 posts

Joined: Jan 2003
From: Selangor



siap dgn crt tv laugh.gif
oM41GoD_
post May 3 2023, 04:11 PM

Getting Started
**
Junior Member
246 posts

Joined: Mar 2021
itu tv box
cukur, bukan salah UMW
MegaCanonF
post May 3 2023, 04:11 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
875 posts

Joined: Jan 2018
so expensive.
maraippo
post May 3 2023, 04:14 PM

~PoPoPoPoPo~
******
Senior Member
1,165 posts

Joined: Jul 2008
From: Kami's Palace


better alternative for those young kids that likes vw cars
Revoz
post May 3 2023, 04:16 PM

On my way
****
Junior Member
679 posts

Joined: Apr 2019
This 1.2 tebu engine same found in Toyota CHR lastime.
prdkancil
post May 3 2023, 04:16 PM

Getting Started
**
Junior Member
219 posts

Joined: Nov 2021
Used / recond sell 150k lol better buy new civic turbo cheaper alot and brand new
fantasy1989
post May 3 2023, 04:17 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
4,707 posts

Joined: May 2008



QUOTE(DarkNite @ May 3 2023, 04:05 PM)
Thailand no have?
*
Corolla
tarak
fantasy1989
post May 3 2023, 04:17 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
4,707 posts

Joined: May 2008



QUOTE(prdkancil @ May 3 2023, 04:16 PM)
Used / recond sell 150k lol better buy new civic turbo cheaper alot and brand new
*
Yup..no brainer choice

and even more high spec than this corolla
68 others
post May 3 2023, 04:21 PM

Getting Started
**
Junior Member
105 posts

Joined: Oct 2022
used altis 1.2 at 150k. puikkk
low spec lagi dengan kotak tv
karazure
post May 3 2023, 04:22 PM

Getting Started
**
Junior Member
70 posts

Joined: Aug 2014


itu belakang so ugly
Autocountstick
post May 3 2023, 04:24 PM

On my way
****
Junior Member
675 posts

Joined: Jun 2014
still want 150K lol
latipbogiba
post May 3 2023, 04:24 PM

Getting Started
**
Junior Member
102 posts

Joined: Dec 2015
From: kolumpo


why not GR YARIS JANNA NICK
Boss262
post May 3 2023, 04:25 PM

Getting Started
**
Junior Member
109 posts

Joined: Jan 2012


1.2 tebu for 118 hp, even honda city 1.5 na produce more power than that.
nebula87
post May 3 2023, 04:25 PM

Fg = mg
******
Senior Member
1,421 posts

Joined: Nov 2013


The interior looks so cheap
dennis008
post May 3 2023, 04:25 PM

On my way
****
Junior Member
545 posts

Joined: May 2010
the HU is still the same

2 Pages  1 2 >Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.3050sec    0.57    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 08:44 PM