Tahap pembakaran enjin untuk setiap jenis motorsikal bergantung kepada kapsiti enjin.
Bagi enjin yang telah di ‘modified’ atau yang bersaiz besar, pembakaran minyak akan menghasilkan haba dan tekanan yang amat tinggi pada piston.
Jika conrod tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi, tekanan yang tinggi ini mungkin akan menyebabkan ia retak dan berpotensi untuk patah.
Jadi pemilihan conrod yang berkualiti tinggi penting bagi mengurangkan risiko.
‘Forged’ conrod misalnya, adalah sejenis conrod yang ditempa dengan daya tahan panas yang baik.
Sesuai dengan suhu enjin yang tinggi. Conrod yang telah di ‘forged’ juga lebih kuat dan tidak mudah patah.
Ini membolehkan ia bertahan dalam tekanan tinggi dengan lebih baik.
Kelebihan ‘forged’ conrod
1. Lebih keras dan kuat dari conrod biasa
2. Sesuai untuk tekanan enjin yang lebih tinggi
3. Tidak mudah patah atau retak
Mahukan lebih tips, sila layari
Faito Malaysia Facebook - www.facebook.com/FaitoFRD
Faito Malaysia Instagram - www.instagram.com/faitomalaysia
Aug 3 2022, 05:31 PM, updated 4y ago
Quote
0.0135sec
0.54
5 queries
GZIP Disabled