QUOTE
Tipu dana PenjanaKerjaya: Saravanan akui ada ahli MIC terlibat
BERNAMA
July 17, 2022 @ 6:00pm

BUKIT MERTAJAM: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, tidak menafikan ada dalam kalangan ahli MIC terbabit dalam tuntutan palsu berkaitan Progam Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, penglibatan individu berkenaan dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.
"Saya setakat ini tidak ada sebarang maklumat (mengenainya) tapi saya tidak boleh nafikanlah penglibatan individu, tapi itu tidak ada kaitan dengan MIC," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Flex Penang berhubung usaha memperkasa penempatan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di kilang Flex Plan 5, di sini hari ini.
Saravanan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak yang didengarinya, mengenai beberapa anggota parti politik itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya.
SPRM sebelum ini dilaporkan menahan reman 40 individu bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif PenjanaKerjaya di beberapa negeri menerusi Op Hire beberapa hari lepas.

Jul 18 2022, 07:36 AM
Quote
0.0131sec
0.45
6 queries
GZIP Disabled