Seorang ahli akademik percaya terdapat percanggahan antara ajaran dan cara umat Islam berkelakuan di Malaysia.
Fellow Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Anis Yusal Yusoff berkata, masyarakat Islam kelihatan “selektif” terhadap perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Sebagai contoh, kedua-dua pengambilan daging babi dan rasuah adalah tidak dibenarkan dalam Islam, babi haram tahu, tetapi yang ini (rasuah) tak tahu,” katanya semasa forum mengenai topik Islam di Malaysia.
Anis berkata, ini adalah soal integriti dan mempersoalkan bagaimana umat Islam boleh terus berkeras untuk hanya makan di kedai yang disahkan halal tetapi masih ada segelintir daripada mereka menerima dan memberi rasuah.
Beliau juga berkata, negara perlu memikirkan semula bentuk Islam yang diamalkan pada masa ini, sambil menambah bahawa terdapat keperluan untuk bentuk agama yang lebih progresif dan inklusif.
Anis kesal kerana sistem pendidikan awam Malaysia tidak secara terbuka menggalakkan pembelajaran agama lain atau pengajian antara agama.
“Mengapa kita tidak mengadakan lawatan pendidikan ke gereja dan rumah ibadat lain, atau menjemput orang bukan Islam ke masjid?” soalnya.
Beliau menyeru umat Islam untuk bersikap terbuka dan menghormati agama lain, sambil menambah bahawa ini penting untuk menggalakkan keharmonian agama.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/...lmnpeqdw0oo634s
Wujud percanggahan antara ajaran dan kelakuan, umat Islam, kata ahli akademik