QUOTE(darkLapland @ Apr 15 2022, 08:15 AM)
Dont trust k/
Everyone have own agenda
penipu ni, kau ni tak puasa kah? fiftnah masa puasa tak berdosa?
[75] Tambahan itu, situasi jalan di kawasan kemalangan yang sedikit berselekoh dan gelap pada jam 3 pagi tersebut menjadikan OKT tidak boleh menjangkakan kewujudan kumpulan basikal lajak tersebut. Selekoh yang gelap tersebut disahkan oleh SP41 selaku anggota MPV Polis yang paling awal sampai di kawasan kemalangan apabila beliau mendapati satu lampu jalan di batu pembahagi jalan yang berada di A3 (P2) gagal berfungsi. Pekara ini juga dengan jelas ditunjukkan dalam pemeriksaan balas SP44 yang telah hadir di lokasi kemalangan pada jam 3.30 pagi, secara verbatim seperti berikut:
SP44
S : Munasabah tak kalau saya nak gunakan istilah kumpulan basikal tu saya nak pakai perkataan ‘geng basikal lajak’. Munasabah tak? J : Munasabah.
S : Sebab itu lah aktiviti yang mereka buat kan? J : Ya,
betul. S : Jadi saya katakan mereka memang pilih kawasan tersebut kerana kawasan tersebut sunyi dan menyeramkan sebab kawasan kubur? J : Setuju.
S : Jadi bila kawasan tu kawasan kubur pukul 2 pagi, lagi lah tidak ada kenderaan nak lalu kawasan tu? J : Ya, tempat tu memang sunyi.
S : Jadi selain sunyi kawasan tu juga saya katakan dia terlindung daripada pandangan orang lalulintas? J : Ya, betul.
S : Kawasan tu terlindung daripada orang lalulintas? J : Ya.
S : Dia terlindung juga sebab dia berbukit dan berselekoh? J : Ya.
S : Dan antara anggota MPV yang pertama sekali sampai di tempat tu iaitu Lans/ Koperal Taufik. Lans/ Koperal Taufik katakan lampu di pembahagi jalan kalau Inspektor tengok pada rajah kasar, Lans/ Koperal Taufik kata dia nampak lampu di A3 ni tak menyala. Jadi dia katakan kawasan tersebut dia malap dan gelap kerana lampu di A3 ni tak menyala? J : Setuju.
S : Jadi dalam foto P 199, ada gambar – gambar lampu jalan tapi kalau tengok angle gambar – gambar tu, gambar tu menunjukkan lampu di A3. Yang nampak cuma.. maksud saya walaupun dalam gambar P 199 tu nampak lampu menyala tapi gambar P 199 tak menunjukkan lampu yang di A3 ini. Dia cuma tunjukkan lampu menyala yang di atas. Walaupun di lorong A3 tapi di atas? J : Ya, betul.
PB : P 199 tidak tunjuk gambar lampu di A3.
[53] Malah ia diburukkan lagi dengan ‘modifikasi bahaya’ basikal lajak yang membuang aspek keselamatan basikal yang asas seperti ketiadaan brek, ketiadaan lampu basikal dan pemegang tangan direndahkan sebaris tempat duduk. Tambahan itu tiada keterangan daripada mana-mana saksi pendakwaan yang menunjukkan kesemua simati dan geng basikal lajak tersebut mengambil tindakan proaktif dalam memastikan keselamatan terhadap diri sendiri semasa menunggang basikal seperti memakai vest keselamatan dan helmet basikal. Ini dapat dilihat jelas melalui keterangan SP28 disokong oleh Laporan MIROS (P182) yang disediakan oleh SP28 tersebut. Keterangan SP28 tersebut secara verbatim adalah seperti berikut:
SP28
S : Rujuk pula kepada muka surat 49 di nombor 4. ‘Bicycles were not equipped with reflector for night cycling and were heavily modified in unsafe manner’. So, bagaimana kesimpulan ini atau apakah maksud?
J : Ketika di IPD, pihak MIROS juga ada mengambil gambar basikal – basikal yang terlibat jadi daripada pemerhatian yang kita buat pada ketika itu memang basikal – basikal itu tak dilengkapi dengan pemantul cahaya lah. Sama ada di bahagian depan atau di belakang untuk tujuan pemandu lain boleh melihat. Jadi keadaan ini sangat merbahaya apatah lagi dalam keadaan malam. Dan berada di public road yang mungkin banyak melibatkan kenderaan. Dan juga kita dapati basikal – basikal itu bukan dalam keadaan asal, ia adalah telah mengalami satu pengubahsuaian yang sangat ketara dari setiap struktur basikal itu lah. Jadi termasuk yang kita dapati ada basikal – basikal yang memasang brek motorsikal, melekatkan brek motorsikal di roda hadapan. Mungkin untuk menambah kelajuan dan sebagainya. Jadi itu memang satu perkara yang tidak mengikut unsur – unsur keselamatan lah. Jadi itu yang diterangkan oleh bullet point tersebut.
...[82] Oleh yang demikian, memandangkan ujian titik lihat yang dibuat pasukan Forensik tersebut merupakan titik lihat pada kelajuan tertentu dengan kon, ia sebenarnya tidak membuktikan motorkar OKT boleh melihat kedudukan mangsa pertama di bucu keluar simpang rujukan silang kepada tandaan 1 rajah kasar tersebut. Hal ini demikian, ujian titik lihat tersebut dengan merujuk kepada gambar no. 121 hingga no.124 (P185) hanya membuktikan fakta bahawa motorkar OKT yang menaiki bukit tidak boleh nampak kedudukan mangsa pertama yang didakwa berada di tandaan 1 (bucu keluar simpang) di sebalik bukit.
[83] Malahan itu, laporan Forensik ini bertambah lemah ketepatannya apabila uji pandu untuk ujian titik lihat tersebut menggunakan sebuah Kon PDRM seperti dalam gambar no. 5 dan gambar no.6 (P185). Mahkamah berpendapat kon tersebut tidak sesuai digunakan untuk ujian tersebut disebabkan warnanya yang terang yang mempunyai ciri reflector dan menurut SP35 ada anggota polis yang berpakaian vest keselamatan berdiri di kawasan kon yang diletakkan. Ternyata ia memberi kelebihan penglihatan yang jelas kepada pemandu kenderaan untuk melihat kewujudan kon tersebut. Dalam apa jua keadaan sekalipun, tiada keterangan di mahkamah ini yang membuktikan mangsa pertama seperti yang digambarkan oleh pasukan Forensik ini menunggang basikal yang mempunyai lampu pantulan di bahagian belakang basikal mahupun mangsa pertama tersebut memakai baju berwarna cerah apatah lagi dilengkapi dengan vest kesalamatan penunggang basikal.
[84] Tambahan itu, mahkamah mendapati hampir kesemua simati memakai pakaian gelap merujuk kepada Laporan Postmortem P121, P137, P129, P176, P178, P180, P103 kecuali Laporan Postmortem P102 menunjukkan salah seorang simati hanya berseluar dalam. Maka ketepatan hasil ujian titik lihat yang dilakukan oleh pasukan Forensik PDRM tersebut adalah lemah dan diragui keberkesanannya.
[125] Mahkamah mengambil maklum bahawa fungsi saksi pakar adalah hanya berperanan untuk membantu mahkamah dalam bidang di mana mahkamah tidak mempunyai kepakaran dalam mencapai keputusan sesuatu isu. SP46 dalam keterangannya di mahkamah memaklumkan bahawa terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam membantu siasatan polis antaranya adalah pihak Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS). Bantuan siasatan daripada MIROS ini adalah atas saranan dan arahan daripada pihak Trafik PDRM Bukit Aman. Menurut keterangan SP46 lagi, beliau difahamkan bahawa MIROS membuat kajian berkenaan struktur jalan dan mempunyai kepakaran dalam penentuan had laju kenderaan semasa kemalangan.
.......
[130] Berdasarkan prinsip undang-undang yang mampan di atas, mahkamah mendapati bahawa kelajuan motorkar tersebut sebelum kemalangan adalah di bawah had laju ditetapkan di jalan tersebut iaitu 50km/jam. Oleh itu, mahkamah berpendapat tiada kesalahan memandu motokar melebihi had laju yang ditetapkan telah dilanggari oleh OKT. SP46 sebagai pegawai penyiasat kes ini juga bersetuju bahawa hanya kaedah pengiraan had laju kenderaan yang dijalankan oleh pasukan MIROS adalah satu-satunya cara yang paling tepat manakala ujian jarak penglihatan yang dijalankan oleh pasukan Forensik Bukit Aman bukanlah pengiraan had laju kenderaan tetapi adalah ujian titik lihat pada kelajuan tertentu.
[129] Berdasarkan Laporan MIROS tersebut, terdapat dua dapatan kemungkinan kelajuan hasil kajian analisis yang dibuat oleh SP28 tersebut iaitu dalam erti kata lain kemungkinan OKT memandu motorkar sama ada pada kelajuan 44.53 km/jam atau 74.86 km/jam. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa sekiranya terdapat dua atau lebih inferens, maka mahkamah perlu memihak kepada inferens yang memihak kepada OKT. Perkara ini telah diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan; PP V. MOHD RADZI BIN ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 di mana mahkamah memutuskan bahawa: At the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses.
“Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.”
[131] Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat seseorang yang munasabah akan berpendapat bahawa OKT tidak memandu secara merbahaya apabila motorkar tersebut dipandu pada kelajuan di bawah 50km/jam setelah mengambil kira keadaan jalan yang mempunyai tiga lorong yang mana lorong paling kiri adalah lorong yang paling lebar, dan motorkar dipandu pada jam 3 pagi yang mana keadaan jalan yang lengang dan tidak akan dijangka oleh pemandu motorkar akan ada satu perkumpulan basikal yang besar berkumpul di sebalik bukit di laluan sah pemandu tanpa memberi sebarang bentuk amaran.
[132] Pihak pendakwaan ada membangkitkan dalam hujahan mereka bahawa isu berkaitan Laporan MIROS (P182) yang menyatakan semasa kemalangan OKT memandu motorkar dalam julat 44.53km/j – 74.86km/j. Dalam hal ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa mahkamah perlu meneliti bukan sahaja laporan MIROS tersebut, malah mahkamah perlu juga melihat kepada kerosakan motorkar seperti yang dilaporkan oleh SP24 iaitu Pemeriksa Kenderaan Puspakom dalam Laporan Puspakom (P100) serta keterangan SP38 yang menyatakan bahawa motorkar tersebut dianggap dalam keadaan total lost kerana jumlah baik pulih kenderaan ini lebih tinggi dari nilaian insurans motorkar tersebut,
[133] Namun begitu, pihak pembelaan berhujah bahawa rumusan yang dibuat oleh SP24 dalam Laporan Puspakom tersebut adalah komponen kenderaan boleh dibaiki kerana kerosakan tidak melibatkan main chasis dan kerangka utama motorkar tersebut yang mana secara ringkasnya kerosakan motorkar OKT boleh dibaiki dan digunakan semula. Seterusnya pihak pembelaan berhujah bahawa dapatan yang dibuat SP24 tersebut adalah penting kerana ia membuktikan bahawa motorkar OKT hanya mengalami kerosakan pada struktur luaran badan motorkar. Ia juga membuktikan hentaman antara motorkar dengan 30 buah basikal tidak kuat kerana enjin dan kerangka utama kereta tidak rosak atau bengkok rujukan silang kepada gambar a dan gambar b motorkar (P207).
[134] Mahkamah mendapati kerosakan motorkar adalah tertumpu sebahagian besarnya kepada badan hadapan motorkar tersebut dan bukannya pada kerangka chasis utama (main chasis). Ini jelas memberi indikasi motorkar tersebut tidak dipandu laju semasa kemalangan berlaku tetapi rempuhan telah berlaku antara motorkar tersebut dengan sekumpulan basikal yang banyak. Rempuhan yang kuat antara motorkar dengan bilangan basikal yang banyak telah berlaku namun ia tidak disumbangkan oleh faktor kelajuan motorkar tersebut.
[135] Menurut keterangan SP24 semasa pemeriksaan balas, mengakui bahawa segala kerosakan motorkar tersebut boleh dibaiki mengikut kaedah-kaedah pembaikan dan motorkar tersebut juga boleh digunakan semula apabila selesai dibaiki. Pendapat SP24 ini juga selaras dengan rumusan Laporan Puspakom yang beliau sediakan di m/s 4 laporan tersebut. Seterusnya mahkamah berpendapat keterangan SP38 yang menyatakan bahawa motorkar tersebut dianggap dalam keadaan total lost kerana jumlah baik pulih kenderaan ini lebih tinggi dari nilaian insurans motorkar tersebut adalah satu keadaan yang sangat berbeza dengan apa yang dirumuskan oleh SP24.
[149] Maka mahkamah berpendapat sistem keselamatan ABS motorkar tersebut telah berfungsi di mana motorkar tersebut dapat mengelak halangan yang betul-betul di hadapannya. Kemudiannya pergerakan motorkar tersebut dihalakan ke bahagian kiri jalan AA1 dengan bantuan sistem ABS adalah munasabah kerana jalan A-A1 tersebut adalah lebar jika dibandingkan dengan kelebaran jalan A1-A2 dan jalan A2-A3. Walaubagaimanapun, mahkamah mendapati dalam situasi sebegini OKT tidak boleh dikatakan sebagai gagal mengawal motorkar beliau apabila melihat kecemasan di hadapan beliau. Hal ini kerana keseluruhan besar kumpulan basikal jelas menutup keseluruhan jalan A-A1, maka kumpulan basikal yang berada di kiri jalan A-A1 adalah mustahil untuk dielakkan perlanggaran apabila sistem keselamatan ABS motorkar tersebut berfungsi melainkan motorkar tersebut terbang melepasi halangan kumpulan basikal tersebut yang mana dalam masa yang sama tindakan tersebut adalah amat mustahil dapat dilakukan oleh motorkar tersebut. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk membuktikan bahawa OKT cuai atau gagal memberi perhatian terhadap situasi kecemasan berada di hadapannya.
[150] Selain daripada itu, adalah tidak dinafikan bahawa motorkar tersebut juga dilengkapi dengan sistem keselamatan airbag dan akibat pelanggaran motorkar tersebut dengan kumpulan basikal yang banyak telah menyebabkan airbag tersebut tercetus keluar. Menurut keterangan SP28, apabila airbag tercetus tekanan yang keluar daripada airbag tersebut adalah sangat kuat. Maka tekanan yang sangat kuat itu kebiasaanya akan menolak pemandu lebih belakang walaupun momentum kenderaan sendiri akan menolak pemandu ke hadapan dan menyebabkan separuh halangan pandangan kepada pemandu motorkar apabila airbag tercetus. Oleh yang demikian, adalah munasabah dalam situasi sebegini kemungkinan OKT terlepas gengaman kepada stereng motorkar tersebut dan kemudiannya beliau ketika itu hanya mampu mengawal motorkar tersebut dengan hanya menekan brek atau melepaskan pedal minyak motorkar tersebut menurut keterangan SP28.
[151] Jelasnya mahkamah berpendapat situasi sebegini terjadi bukan disebabkan OKT gagal mengawal motorkar beliau atau cuai mengendalikan stereng motorkar tersebut sehingga menyebabkan pelanggaran dalam kedua-dua situasi tersebut. Hal ini kerana, sistem keselamatan motorkar iaitu ABS dan Airbag berfungsi dengan baik. Selain itu, tiada sebarang keterangan dikemukakan di mahkamah yang menunjukkan kerosakan berlaku pada tembok pembahagi jalan yang berada di laluan A3 mahupun pada pokok-pokok yang berada di bahu jalan laluan A-A1. Malahan itu, mahkamah juga mendapati OKT tidak di bawah pengaruh dadah mahupun alkohol semasa memandu, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan OKT memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian-pemerhatian di atas, mahkamah mendapati OKT memandu dengan tanggungjawab berjaga dan kemahiran pemanduan munasabah.
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
KES TANGKAP TRAFIK NO: 83J-22-03/2017
PENDAKWARAYA
LWN
SAM KE TING
ALASAN PENGHAKIMAN