Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Motorcyclist Thread V3 !, version 3 edi??

views
     
msn83235502
post Apr 16 2008, 03:23 PM

ผู้นิยม
*******
Senior Member
2,862 posts

Joined: Jan 2003
From: アメリカ



a moto thread here... wow. (happy.gif)
msn83235502
post Sep 12 2008, 06:30 AM

ผู้นิยม
*******
Senior Member
2,862 posts

Joined: Jan 2003
From: アメリカ



QUOTE
KENAIKAN harga minyak yang mengembangkan pasaran motosikal di Malaysia kerana ramai pengguna beralih kepada motosikal sebagai kenderaan paling jimat penggunaan minyak, menyebabkan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd yakin prestasi jualannya akan terus kukuh hingga hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Kazumasa Watanabe, berkata penstrukturan harga minyak melonjakkan prestasi jualan Suzuki sebanyak 75 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Menurutnya, pasaran motosikal di Malaysia berkembang dengan menyaksikan jualan keseluruhan motosikal semua jenama mencecah 339,291 unit antara Januari hingga Julai lalu.

?Jumlah itu adalah peningkatan 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.


?Suzuki sendiri mencatat peningkatan jumlah jualan amat memuaskan iaitu 75 peratus berbanding tahun lalu dan angka itu jauh melebihi kadar perkembangan pasaran motosikal keseluruhannya,? katanya berucap melancarkan model terbaru Suzuki Shogun 125RR dan SP di Petaling Jaya, semalam.

Kazumasa berkata, tahun lalu syarikat itu memperkenalkan model Smash Revo serta Step 125SC dan kedua-dua model mendapat sambutan baik daripada pengguna kerana reka bentuknya yang menarik selain prestasi memuaskan.

?Kedua-dua model ini juga sungguh ekonomikal, berkualiti tinggi dan kos penyelenggaraannya amat rendah,? katanya.

Beliau berkata, syarikat itu akan terus mempertingkatkan aktiviti penjualan dan pemasaran selaras dengan tema global Suzuki iaitu ?Cara Hidup? atau ?Way Of Life?.

Selaras dengan nilai teras berkenaan, katanya, dua model terbaru itu diperkenalkan dengan tema ?Motosikal Underbone Yang Sungguh Bergaya, Dengan Penampilan Sporty Serta Prestasi Unggul?.

Suzuki Shogun dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai aspek kejuruteraan, termasuk reka bentuk lebih langsing dan tajam untuk mempertingkatkan penampilannya.

Jentera terbaru berkenaan cemerlang dari aspek prestasi, kuasa, ekonomi dan keselesaan tunggangan kerana dilengkapi pengimbang.

Satu lagi aksesori yang menarik minat penunggang ialah ekzos Yoshimura yang ditawarkan sebagai ciri tambahan. Ekzos itu direka khas untuk model terbaru berkenaan bagi memastikan pembeli dapat meningkatkan prestasi motosikalnya.


Harga jualan model Shogun 125 RR (Clac auto) ialah RM5,253.75 manakala Shogun 125 SP (klac manual) RM5,400.25.

Bagi memperkukuhkan imej dan jenama berkenaan, Suzuki kini turut menganjurkan kempen servis percuma dan tunggang uji berterusan di seluruh Malaysia dengan mengadakan sudut pameran di semua cawangannya.
quoted from mbc n 4strokers, i think for those who want to change their exhaust system, better wait for this. original yoshimura exhaust. the part must be sold separately..it's yoshi,engineered to performance. great news.

This post has been edited by msn83235502: Sep 12 2008, 06:30 AM

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0399sec    0.28    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 05:36 AM