Welcome Guest ( Log In | Register )

5 Pages  1 2 3 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Chef Wan kena saman by his son ex wifu

views
     
TShotdayum
post Feb 22 2022, 12:42 PM, updated 4y ago

Getting Started
**
Junior Member
195 posts

Joined: Sep 2019




CHEF WAN
user posted image

CHEF WAN SON AND HIS NOW EX WIFU
user posted image

Sos : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebrit...-menantu-penipu

QUOTE
Chef Wan dakwa bekas menantu penipu
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Februari 21, 2022 @ 6:48pm
bhhip@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, enggan melayan tuntutan saman malu dikemukakan bekas menantunya, Shikin Maembong bernilai RM1 juta yang dihantar melalui peguamnya, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Chef Wan berkata, dia tidak tamak dan enggan membuang masa melayan tuntutan saman kerana masanya lebih berharga untuk negara.

Selain itu, Chef Wan menegaskan tidak bercadang menyaman semula bekas menantunya yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong, biarpun dimalukan dan menyifatkan namanya lebih tinggi nilai.

"Saya tidak tamak dan tak mahu buang masa turun naik mahkamah. Lagipun, saya percaya berjuta lagi memerlukan perhatian.

"Masa saya terlalu berharga untuk negara. Jangan berikan 'najis' awak pada saya, sila bawa ke tempat lain.

"Awak datang ke halaman saya dan tinggalkan najis. Awak bernasib baik kerana saya tidak berhajat menyaman semula kerana nama saya lebih tinggi nilainya," " tulisnya dalam IG, petang ini.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa terkilan apabila bekas menantunya bertindak menghantar surat saman malu berpunca teguran terbuka dibuat, beberapa bulan lalu. Ia mengenai perbalahan Shikin dengan anak sulungnya, Nadzri atau Chef Riz berhubung anak tunggal, Putri Arriana Natasya, 7.

"Saya selalu lurus bendul dan sentiasa cuba membantu orang lain. Hubungan kami baik sahaja.

"Kami saling menghormati satu sama lain. Malah, saya cuba menjaga perhubungan dengan bekas menantu biarpun mereka sudah bercerai.

"Dia adalah ibu yang baik pada Arriana dan saya selalu memujinya. Dia juga baik terhadap saya, malah sering menyatakan sayang kepada saya biarpun kini sudah jadi bekas mentua.

"Saya sentiasa mengambil berat keadaannya dan Arriana," katanya.

Secara jujur, Chef Wan bercerita, dia selalu pesan sekiranya menghadapi masalah kewangan, beritahu dan akan cuba membantu kerana Arriana adalah cucunya.

Katanya, Nadzri dahulu bergaji kecil dan perniagaan diusahakan kurang maju menyebabkan ada masanya terpaksa membantu anaknya itu dari segi kewangan.

"Jadi, saya selalu mengingatkan Shikin jangan berkeras dengan Nadzri. Ini kerana Nadzri sedang berjuang dengan perniagaannya. Datang pada saya dan akan dibantu.

"Jujurnya, saya akan menghulurkan antara RM500 hingga RM1,000 mengikut kemampuan setiap kali bertemu Shikin dan Arriana.

"Dua kali Arriana dimasukkan ke hospital swasta, sayalah menyelesaikan bil perubatan beribu ringgit. Saya tidak minta Nadzri mahupun Shikin membayarnya," katanya.

Chef Wan menambah, dia tidak suka melihatkan pergaduhan sehingga bapa mentua menerima tempias dan tidak boleh berjumpa cucu bertahun lamanya.

"Hendak pergi Switzerland baru hantar Arriana, itu pun sebab hendak buat pasport. Selepas itu, Nadzri langsung tidak dibenarkan berjumpa Arriana.

"Dia buat anak saya seperti peminta sedekah. Itulah kebenarannya," tulis Chef Wan panjang lebar.

Menerusi hantaran dalam IG, semalam, Chef Wan menyifatkan Shikin lupa jasa yang pernah bersusah payah membantu membiayai majlis perkahwinan menggunakan duitnya 100 peratus.

Chef Wan menganggap bekas menantunya itu tidak boleh ditegur dan dinasihati. Sedangkan niatnya untuk menasihati anak dan bekas menantunya mengenai cucu.

"Letih saya melayan kisah anak-anak. Dia tak malu ke, ada hati nak saman saya?

"Saya nasihat yang baik-baik untuk mereka. Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta?," tulisnya.

Sementara itu, tidak mahu berdiam diri, Shikin tampil memberikan penjelasan menerusi IG Story.

Dalam video dimuat naik, Shikin berkata, kos majlis perkahwinan dengan bekas suami adalah 100 peratus daripada wang simpanan tanpa menggunakan duit bekas bapa mentuanya.

Katanya, dia perlu bersuara bagi mendedahkan kebenaran selepas menerima kecaman hebat susulan kenyataan dikeluarkan Chef Wan yang disifatkan berbaur fitnah.

"Terima kasih kepada mereka hantar mesej langsung dan bertanya khabar. Tidak kurang ramai juga yang kecam saya.

"Saya bukanlah jenis suka mengaibkan atau bercerita hal peribadi dalam IG. Tetapi memandangkan keadaan memaksa, saya harus menerangkannya.

"Sebenarnya masa berkahwin dengan bekas suami duit perkahwinan adalah 100 peratus duit kami sendiri.

"Ketika itu, saya dan bekas suami membuat perniagaan Elken. Kami kumpul duit dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen duit bekas bapa mentua.

"Apa yang dimuat naik adalah fitnah, jadi, semua perlu tahu hal sebenar," katanya.

Sementara itu, dalam hantaran terkini Chef Wan memuat naik semula video penafian Shikin. Menyifatkan bekas menantunya penipu dan boleh membawa saksi yang menerima pembayaran untuk majlis perkahwinan itu.

Terdahulu, Nadzri mendirikan rumah tangga dengan Shikin pada 5 Disember 2014 dan kemudiannya, bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Arriana.

Nadzri yang baru sahaja berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu. Selain Shikin, Nadzri pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

TLDR : Orang kaya main dengan duit. Panjang gila saga machiem Megah Holdings drama.

Sekian. Sila saman abah ex husband secara aman dan teratur.
max_cavalera
post Feb 22 2022, 12:47 PM

rebirth
*******
Senior Member
5,614 posts

Joined: Jun 2006
From: Cyberjaya, Shah Alam, Ipoh



Damn… chef si richfag and succesful…

Tapi bith his son and daughter seems like struggling with money jer sad.gif
TShotdayum
post Feb 22 2022, 12:48 PM

Getting Started
**
Junior Member
195 posts

Joined: Sep 2019


QUOTE(max_cavalera @ Feb 22 2022, 12:47 PM)
Damn… chef si richfag and succesful…

Tapi bith his son and daughter seems like struggling with money jer sad.gif
*
If you read the article they are doing Elken business. Maybe money all locked up in barang2 stock.
Avex
post Feb 22 2022, 12:55 PM

On my way
****
Junior Member
570 posts

Joined: Jan 2003
From: /k/ isle

son and daughter are charsiew. i laugh when married need father to sponsor. Besar panjang still fail so bad
smallcrab
post Feb 22 2022, 12:56 PM

Getting Started
**
Junior Member
140 posts

Joined: Jul 2007
From: Puchong


masalah orang2 kaya
Lucas0323
post Feb 22 2022, 12:58 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
808 posts

Joined: Aug 2011


Chef wan kinda hardworking kan rmb back then tv always gt his face. Kecian i think is charsiew son going to waste all his hard earned money.
Yung_Psyke
post Feb 22 2022, 12:58 PM

Getting Started
**
Junior Member
286 posts

Joined: Dec 2010


dont mess with pagan min
jacckl
post Feb 22 2022, 01:00 PM

Getting Started
**
Junior Member
65 posts

Joined: Nov 2012
Duit 100% anak? Mau tipu pun find better excuse. Pretty sure the son money most of it came from the dad
melvin91motorola
post Feb 22 2022, 01:00 PM

Casual
***
Junior Member
349 posts

Joined: Jun 2008
From: Sabah\(^∀^)メ(^∀^)ノ


must be no enuf money but daddy don't give so the son ex wifu saman daddy why no help son


roymustang
post Feb 22 2022, 01:01 PM

New Member
*
Junior Member
12 posts

Joined: Oct 2007
From: Province Wellesley



QUOTE
Sorry my son did not have the money to marry u at the time ( i asked him kau nak kawin dgn betina ni cukup duit tak?
dia jawab no Pa, so i decided to help and arranged everything termasuk juga his first marriage saya taja 100%


laugh.gif laugh.gif laugh.gif
Roadwarrior1337
post Feb 22 2022, 01:11 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
979 posts

Joined: Jan 2022
I think his other daughter also divorce by may Salleh


I remember got reality show towards the wedding of the year and chef wan was in charge of menu and thousands of fresh flower

In the end divorce. His son also married 3 times d


Sometime I wonder those artis and rich fag..so many problems ka? Money is indeed root of all evil
latipbogiba
post Feb 22 2022, 01:18 PM

Getting Started
**
Junior Member
102 posts

Joined: Dec 2015
From: kolumpo


QUOTE(Roadwarrior1337 @ Feb 22 2022, 01:11 PM)
I think his other daughter also divorce by may Salleh
I remember got reality show towards the wedding of the year and chef wan was in charge of menu and thousands of fresh flower

In the end divorce. His son also married 3 times d
Sometime I wonder those artis and rich fag..so many problems ka? Money is indeed root of all evil
*
Chef wan juga senang
Kawin, dapat anak. Then marriage not good, cerai.
No married anymore.
Now become successful and rich. Travel around the world.
But anak anak dah besar, lagi besar masalah
degraw19
post Feb 22 2022, 01:19 PM

Casual
***
Junior Member
345 posts

Joined: Nov 2021
QUOTE(Roadwarrior1337 @ Feb 22 2022, 01:11 PM)
I think his other daughter also divorce by may Salleh
I remember got reality show towards the wedding of the year and chef wan was in charge of menu and thousands of fresh flower

In the end divorce. His son also married 3 times d
Sometime I wonder those artis and rich fag..so many problems ka? Money is indeed root of all evil
*
yea iinm he got his daughter as well and also unfortunate really charsiew lel
ayanami_tard
post Feb 22 2022, 01:20 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Sep 2009
From: under the moonlight
QUOTE(Roadwarrior1337 @ Feb 22 2022, 02:11 PM)
I think his other daughter also divorce by may Salleh
I remember got reality show towards the wedding of the year and chef wan was in charge of menu and thousands of fresh flower

In the end divorce. His son also married 3 times d
Sometime I wonder those artis and rich fag..so many problems ka? Money is indeed root of all evil
*
kekek i rmb that time when she married that mat salleh, during Ramadan cooking show his dad really sindir her gao2.

the host of the show is chef wan and her daughter kek
drug5
post Feb 22 2022, 01:21 PM

Getting Started
**
Junior Member
107 posts

Joined: Jul 2007
I tot he gay one always ahgua ahgua last time
judas
post Feb 22 2022, 01:22 PM

Getting Started
**
Junior Member
144 posts

Joined: Sep 2005
From: Serdang, KL


Kalau betul bukan mahu duit, saman jer rm1000 ringgit.
Tapi mesti mau court case to prove chef wan is wrong.
Then baru bukan tamak tapi mahu menegakkan keadilan.

Ini saman 1juta bukan tamak apalagi?
Mikeshashimi
post Feb 22 2022, 01:23 PM

10 Years on LYN
*******
Senior Member
4,053 posts

Joined: Jun 2009
From: Kuching


lel... why need to ask him to come and receive the Writ and Summons? dunno how to serve meh?
christ14
post Feb 22 2022, 01:24 PM

Regular
******
Senior Member
1,567 posts

Joined: Jul 2011
From: Grand Ol' Lady


dayumn kena spon
river.sand
post Feb 22 2022, 01:24 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,816 posts

Joined: Feb 2012
QUOTE
"Ketika itu, saya dan bekas suami membuat perniagaan Elken. Kami kumpul duit dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen duit bekas bapa mentua.


Elken is MLM?
Why her ex-hubby aka Chef Riz didn't cook but instead went to do this biz?
TShotdayum
post Feb 22 2022, 01:27 PM

Getting Started
**
Junior Member
195 posts

Joined: Sep 2019


QUOTE(river.sand @ Feb 22 2022, 01:24 PM)
Elken is MLM?
Why her ex-hubby aka Chef Riz didn't cook but instead went to do this biz?
*
Should be his wife biz la, thought to use his name can get more sales or recruit more people

5 Pages  1 2 3 > » Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0718sec    0.65    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 04:32 PM