Apa yang menarik perhatian saya pada mulanya adalah spesifikasi yang diketengahkan oleh OPPO semasa mempromosikan telefon pintar ini iaitu, 5000mAh kapasiti bateri, kemampuan 33W Flash Charge dan juga RAM expansion yang ditawarkan.
Bercakap mengenai OPPO A95 yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas secara rasminya di Malaysia, rekaan belakang badannya cukup saya gemari. Kemasan matte yang agak kasar & rona warna Glowing Rainbow Silver sangat menarik perhatian saya. Cap jari tidak kelihatan langsung apabila memegang telefon ini & terasa ringan juga selesa apabila berada di tangan disebabkan bahagian tepinya yang melengkung. Bahagian hadapan pula memperlihatkan skrin jenis rata dan lubang kamera di bahagian kiri yang langsung tidak mengganggu penglihatan/sebarang aktiviti yang saya lakukan pada telefon ini.
Untuk bateri berkapasiti 5000mAh, ianya sangat besar dan mampu untuk bertahan seharian semasa saya menggunakannya. Ditambah pula dengan 33W Flash Charge yang mampu untuk mengecas peranti 54% dalam masa hanya 30 minit. RAM Expansion pula memberikan tambahan sebanyak 5GB untuk memastikan tahap prestasi peranti berada di tahap maksimum.
Peranti ini juga hadir dengan skrin AMOLED yang mampu untuk menghasilkan warna yang jitu, tepat & terang disamping skrin yang luas dengan 90.8% nisbah skrin ke badan peranti. Dihadirkan juga dengan All-day Eye Care yang mampu menukarkan tahap kecerahan skrin secara automatik untuk dipadankan dengan keadaan sekeliling anda.
Bercakap mengenai kamera, peranti ini dihadirkan dengan 48MP kamera utama, 2MP (depth) & 2MP (macro). Dengan adanya ”depth camera”, gambar bokeh dapat dihasilkan dengan baik sekali. Objek dapat diketengahkan/ditonjolkan dengan baik. Kamera makro pula mampu untuk mengambil gambar dari sisi berlainan dan objek yang halus/kecil dapat dilihat menggunakan kamera ini.
Secara keseluruhan, boleh saya simpulkan bahawa peranti OPPO A95 sememangnya menawarkan prestasi cukup baik. Selama saya menggunakan peranti ini, tiada masalah yang terlalu besar yang saya rasakan menganggu produktiviti harian saya. Saya berpuas hati menggunakan peranti yang kelihatan mewah serta prestasi yang baik dengan harga yang mampu milik ini.









Nov 29 2021, 01:20 PM, updated 5y ago
Quote
0.0146sec
0.52
5 queries
GZIP Disabled